Raline Publish time 22-6-2023 10:01 AM

Elena alami kejutan sebelum Wimbledon

Elena alami kejutan sebelum Wimbledon

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/elena_1687397235.jpg
ELENA bakal turun mempertahankan gelaran Wimbledon, bulan depan. FOTO AFP


Berlin: Elena Rybakina mengalami kejutan dalam usaha mempertahankan gelaran Wimbledon apabila tewas di tangan Donna Vekic pada kejohanan Berlin WTA, hari ini.

Donna yang menduduki ranking ke-23 dunia menewaskan pilihan kedua dari Kazakhtan itu, 6-7 (1/7), 6-3, 6-4 untuk mara ke suku akhir.

Elena, 24, yang mara ke final Terbuka Australia pada Januari lalu, antara pilihan utama di Terbuka Perancis, namun dia menarik diri kerana masalah kesihatan.

Sebelum itu, pilihan ketiga dari Perancis, Caroline Garcia mengalahkan pemain Australia, Jaimee Fourlis 6-3, 6-2 pada penampilan pertama di gelanggang rumput di Berlin.

Selain itu, Elina Avanesyan mengalahkan Anna Blinkova 1-6, 6-3, 6-2 untuk mara ke suku akhir yang menyaksikan pertembungan dua pemain Rusia.

Kejohanan di Berlin itu diadakan dua minggu sebelum Wimbledon, yang menghimpun barisan pemain bintang apabila sembilan daripada 10 pemain wanita terbaik dunia mengesahkan untuk bertanding.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/06/980142/elena-alami-kejutan-sebelum-wimbledon

Pages: [1]
View full version: Elena alami kejutan sebelum Wimbledon


ADVERTISEMENT