Raline Publish time 22-6-2023 09:58 AM

Budak ditinggalkan dalam kereta maut akibat cuaca panas

Budak ditinggalkan dalam kereta maut akibat cuaca panas

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/death-e1605695776630_1687362359.jpg
Gambar hiasan

Budapest: Seorang kanak-kanak yang ditinggalkan bersendirian di dalam sebuah kereta di Slovenia meninggal dunia akibat cuaca panas terik, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik Agensi Berita STA pada Rabu.

Insiden itu berlaku pada petang Selasa di bandar Prebold yang terletak kira-kira 60 kilometer timur ibu negeri Ljubljana.

Anggota pasukan kecemasan berusaha memberikan bantuan tetapi gagal menyelamatkan kanak-kanak itu.

Menurut perkhidmatan cuaca, ketika kejadian suhu hampir mencecah 30 darjah Celsius.

Polis menahan kedua-dua ibu bapa kanak-kanak itu kerana disyaki melakukan pembunuhan tanpa sengaja, kata jurucakap polis.


SumbeR:https://www.hmetro.com.my/global/eropah/2023/06/980091/budak-ditinggalkan-dalam-kereta-maut-akibat-cuaca-panas

Pages: [1]
View full version: Budak ditinggalkan dalam kereta maut akibat cuaca panas


ADVERTISEMENT