mattzzx Publish time 21-6-2023 12:13 PM

Azeem dapat ‘lampu hijau’ ke Sukan Asia

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/05/azeem-fahmi-2.jpg
AZEEM bakal pulang ke tanah air untuk mengikuti latihan dan kejohanan olahraga di Bangkok, Thailand.

BINTANG pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi mendapat ‘lampu hijau’ daripada Universiti Auburn untuk menyertai kem latihan skuad olahraga negara bagi mengetuai cabaran ke Sukan Asia Hangzhou, China pada September depan.

Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mengesahkan perkara tersebut dan menegaskan, Muhammad Azeem akan pulang ke tanah air dalam masa terdekat untuk menyertai Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) di Bangkok, Thailand pada 12 hingga 16 Julai depan.

Pengurus Besar KOM, Nur­hayati Karim berkata, Muhammad Azeem akan menyer­tai temasya Sukan Asia di bawah kategori A dengan kos penyertaannya akan ditanggung penuh oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

“Muhammad Azeem akan berlatih di sini (Malaysia) dan akan balik dalam masa terdekat, tarikh yang tepat kita belum pasti. Sekarang kem latihan sudah bermula dan kita juga berharap dia akan dapat bersama kontinjen negara ke Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok.

“Selepas Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok (12 hingga­ 16 Julai), masih belum ada kepastian sama ada Muhammad Azeem akan kekal berlatih atau pulang ke sana (Ame­rika Syarikat) terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pemilihan atlet ke Sukan Asia Hangzhou bersama Jawatankuasa Pemilihan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di Wisma MOM Kuala Lumpur semalam.

Nurhayati memberitahu, se­lain Muhammad Azeem, ter­dapat empat lagi atlet akan bertanding di bawah kate­gori A iaitu Shereen Samson Vallabuoy (400 meter), Andre Anura Anuar (lompat kijang), Muhammad Irfan Shamsuddin (lempar cakera) dan Norliyana Kama­rudin (lompat tinggi).

Beliau menambah, peluang untuk atlet olahraga disenaraikan ke Sukan Asia masih belum tertutup dan senarai akhir ke temasya itu hanya dimuktamadkan selepas berakhirnya ATF di Bangkok, Julai depan.
https://www.kosmo.com.my/2023/06/21/azeem-dapat-lampu-hijau-ke-sukan-asia/
Pages: [1]
View full version: Azeem dapat ‘lampu hijau’ ke Sukan Asia


ADVERTISEMENT