Raline Publish time 20-6-2023 07:32 AM

Senarai Pangkat Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

Senarai Pangkat Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

https://ecentral.my/wp-content/uploads/2022/10/pangkat-polis-pdrm-300x200.jpg
Seperti mana yang kita tahu, dalam Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mempunyai banyak jawatan atau pangkat.

Setiap pangkat ini mempunyai skop kerja dan tanggung jawab yang berlainan.

Sebagai orang awam, kita perlu maklum akan hal ini memandangkan setiap pangkat polis itu mempunyai skop kerja yang berlainan.

Bagi yang bercita-cita untuk memohon menjadi anggota polis, anda wajib tahu akan pangkat-pangkat ini untuk memudahkan anda menetapkan sasaran dan merancang perjalanan kerjaya anda dalam PDRM.

Skop kerja PDRM
Sebelum itu, mari kita ketahui dahulu apakah skop kerja Polis Di Raja Malaysia secara keseluruhannya yang telah dinyatakan dalam akta.

Seksyen 20 Akta Polis menyenaraikan tugas-tugas pegawai polis seperti berikut:-


[*]menangkap semua orang yang dia diberi kuasa oleh undang-undang untuk ditangkap;
[*]memproses risikan keselamatan;
[*]menjalankan pendakwaan;
[*]memberi bantuan dalam melaksanakan mana-mana undang-undang berhubungan dengan hasil, eksesais, kebersihan, kuarantin, imigresen dan pendaftaran;
[*]memberi bantuan dalam mengekalkan ketenteraman di pelabuhan dan lapangan terbang Malaysia, dan dalam menguatkuasakan peraturan-peraturan kelautan dan pelabuhan;
[*]melaksanakan saman, sapina, waran, perintah memenjara dan proses-proses lain yang dikeluarkan dengan sah oleh mana-mana pihak berkuasa yang kompeten;
[*]mempamerkan maklumat;
[*]melindungi harta yang tidak dituntut/hilang dan mencari pemunyanya;
[*]menyita binatang-binatang yang berkeliaran dan menempatkannya dalam kandang awam;
[*]memberi bantuan dalam melindungi nyawa dan harta;
[*]melindungi harta awam daripada hilang atau rosak;
[*]menghadiri mahkamah jenayah dan jika diperintah dengan khas, mahkamah sivil, dan
[*]menjaga ketenteraman didalamnya dan
[*]mengiring dan menjaga banduan-banduan dan orang-orang lain yang ada dalam jagaan polis.
[*]Seksyen 21 pula ialah tugas mengatur, mengawal dan menjaga lalulintas di jalan awam.



Senarai tugasan di atas telah diperolehi dari laman web rasmi PDRM namun tugas setiap anggota polis yang lebih spesifik ditentukan oleh pangkat atau jawatan yang disanndanng oleh mereka.

Senarai Pangkat Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
Polis Diraja Malaysia mempunyai 17 peringkat pangkat yang dibahagikan kepada 2 kategori:

Kumpulan Pegawai Kanan Polis: Bermula dari pangkat Inspektor sehingga Inspektor General Polis.
Kumpulan Pegawai Rendah Polis Dan Konstabel.

https://ecentral.my/wp-content/uploads/2022/10/pangkat-polis-682x1024.jpg

Berikut adalah senarai istilah pangkat-pangkat yang terdapat dalam PDRM :-

1. Pegawai-Pegawai Kanan Polis


[*]Inspektor Jeneral Polis (IG)
[*]Deputi Inspektor Jeneral Polis (DIG)
[*]Komisioner Polis (CP)
[*]Deputi Komisioner Polis (DCP)
[*]Senior Asisten Komisioner Polis (SAC)
[*]Asisten Komisioner Polis (ACP)
[*]Superintenden Polis (SUPT.)
[*]Deputi Superintenden Polis (DSP)
[*]Asistan Superintenden Polis (ASP)
[*]Inspektor (INSP)
[*]Inspektor Percubaan (P/I)



2. Pegawai Rendah Polis


[*]Sub-Inspektor (SI)
[*]Sarjan Mejar (SM)
[*]Sarjan (SJN)
[*]Koperal (KPL)
[*]Lans Koperal (L/KPL)
[*]Konstabel (KONST)



Sumber:https://ecentral.my/senarai-pangkat-polis-pdrm/

Pages: [1]
View full version: Senarai Pangkat Polis DiRaja Malaysia (PDRM)


ADVERTISEMENT