Raline Publish time 20-6-2023 07:18 AM

13 Makanan Ini Tak Boleh Simpan Dalam Peti Ais, Tapi Ramai Yang Dah Buat

13 Makanan Ini Tak Boleh Simpan Dalam Peti Ais, Tapi Ramai Yang Dah Buat

https://media.siraplimau.com/2023/06/MAKANAN-TAK-BOLEH-SIMPAN.jpg
Antara kesilapan paling biasa kita buat adalah meletakkan semua makanan dan minuman di dalam peti sejuk untuk mengelakkan daripada rosak. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan terdapat beberapa makanan tak boleh simpan di dalam peti ais kerana menyebabkan lebih cepat rosak dan kurang enak.

Nak tahu apa? Ikuti perkongsian lanjut di bawah.

MAKANAN TAK BOLEH SIMPAN DALAM PETI AIS, KENA AMBIL TAHU

https://media.siraplimau.com/2023/06/tomatao.jpeg

1. BUAH MELON

Kajian mendapati sekiranya buah melon diletakkan pada suhu bilik ia akan mengurangkan masalah penglihatan dan kulit.

2. DAUN SELASIH

Daun selasih tidak sesuai diletakkan di dalam peti ais ais kerana ia akan menjadi cepat hitam dan rosak. Anda disarankan letak di tempat yang lebih gelap.

3. KENTANG

Sekiranya kentang disimpan dalam peti ais, ia akan menyebabkan kanji bertukar kepada gula. Anda disarankan agar menyimpan kentang di suhu bilik sahaja.

4. TIMUN

Ini kesilapan paling biasa orang buat kerana rata-rata akan menyimpan timun di dalam peti sejuk. Timun tidak sesuai disimpan di dalam peti ais kerana akan berlubang dan berair.

5. SEMUA JENIS BAWANG

Bawang perlu disimpan di dalam beg kertas yang ditebuk lubang. Jangan simpan bawang berhampiran dengan kentang kerana bawang akan mengeluarkan gas dan kentang cepat rosak.

6. TOMATO

Tomato tidak boleh diletak dalam peti sejuk kerana ia akan mengubah rasa dan tekstur.

7. BIJI KOPI

Rasa pahit biji kopi akan berkurangan kerana suhu bertukar-tukar setiap kali anda membuka pintu peti sejuk. Jadi, tempat terbaik adalah simpan di dalam kabinet dapur.

https://media.siraplimau.com/2023/06/coffee.jpeg

8. MADU

Simpan di dalam tempat sejuk akan menyebabkan madu tidak sedap.

9. ROTI

Walaupun menyimpan roti di dalam peti sejuk dapat mengurangkan risiko kulat tetapi ia juga boleh menyebabkan roti kering.

10. AVOKADO

Jika anda ingin menggunakan buah avokado dengan segera, disarankan untuk simpan di dalam peti ais.

11. MINYAK ZAITUN

Minyak masak hendaklah diletakkan di tempat yang sejuk dan gelap. Menyimpannya di dalam peti sejuk boleh menghasilkan konsistensi yang lebih keras seperti mentega.

12. COKLAT

Coklat perlu disimpan di tempat yang gelap dan suhu bilik untuk mengekalkan rasa.

13. PISANG

Pisang perlu diletakkan di suhu sederhana jika ingin kekal hijau. Pastikan anda tutup tangkai pisang dengan plastik untuk memanjangkan lagi jangka hayat pisang.

Jadi, pastikan 13 senarai di atas anda tak letak dalam peti ais ya.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Reader Digest & GE
https://siraplimau.com/makanan-tak-boleh-simpan-dalam-peti-ais/


AcikCleaner Publish time 4-7-2023 09:10 PM

Good sharing..timun, tomato, coklat tu semua aku letak dlm fridge :sweat3:
Pages: [1]
View full version: 13 Makanan Ini Tak Boleh Simpan Dalam Peti Ais, Tapi Ramai Yang Dah Buat


ADVERTISEMENT