CARI-MAL Publish time 19-6-2023 05:30 PM

Punyalah Dia Tak Percaya Orang, Menyusahkan Pelanggan Nak Cetak Tugasan Dari Sebalik Sangkar

Disebabkan kos untuk memiliki mesin pencetak agak mahal dan di luar kemampuan pelajar, kebanyakan mereka memilih untuk mencetak tugasan di kedai berhampiran yang menyediakan khidmat percetakan.


Bagaimanapun, seorang pelajar perempuan dari negara jiran berkongsi pengalaman lucunya ketika menggunakan khidmat berkenaan.


Masakan tidak, kedai printing itu meletak komputer peribadi dan mesin pencetak di dalam sangkar besi.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202306/19/172840nhx5tabtvirz5tbx.jpgTikTok




Menerusi sebuah perkongsian di TikTok, kelihatan bagaimana pelaja rberkenaan bersusah payah mahu mencetak tugasannya dari sebalik sangkar besi itu.


Menyedari perkongsiannya tular di segenap nusantara, wanita tersebut menerusi sebuah perkongsian lain tampil memberi penjelasan.


Menurutnya, pada hari kejadian, beliau bersama sahabatnya ingin mencetak tugasan kuliah dan kebetulan kedai berkenaan berada berdekatan kampus mereka.


Namun, setelah sampai ke kedai kecil tersebut yang dikendalikan seorang lelaki berumur, mereka tidak menyangka bahawa peranti berkenaan dikunci di dalam sebuah sangkar besi.


Dedahnya lagi, mereka yang terhibur dengan situasi tersebut dan bertanya kepada lelaki berkenaan kenapa sangkar tersebut tidak dibuka untuk memudahkan proses pencetakan.


Walau bagaimanapun, lelaki tersebut menolak dan menyuruh mereka mencetak tugasan tersebut melalui sangkar besi berkenaan.


Malangnya komputer tersebut mengalami masalah teknikal, jadi mereka membatalkan niat untuk mencetak tugasan di situ.




202306up_1687166937153


Dia juga sempat mendoakan agar lelaki berkenaan dikurniakan kesihatan dan rezeki melimpah-ruah agar mampu membeli lebih banyak komputer dan meluahkan hasrat untuk berkunjung lagi ke kedai berkenaan jika berkesempatan.




SUmber: Kisah Dunia

chiyoasuka Publish time 28-7-2023 01:26 AM

owner tu tkut kot barang2 dcuri itu yg buat mcm tu
Pages: [1]
View full version: Punyalah Dia Tak Percaya Orang, Menyusahkan Pelanggan Nak Cetak Tugasan Dari Sebalik Sangkar


ADVERTISEMENT