mattzzx Publish time 19-6-2023 03:14 PM

Martin ungguli MotoGP Jerman

https://assets.bharian.com.my/images/articles/MOTOR-MOTOGP-GERasfqtgacaMANY__1687100774.jpg
Jorge Martin meraikan kejayaan MotoGP Jerman. Foto REUTERS

SACHSENRING, JERMAN: Jorge Martin berjaya menewaskan juara dunia, Francesco Bagnaia selepas bersaing sengit dalam 10 pusingan terakhir untuk memenangi MotoGP Jerman sekali gus mengekori rapat pelumba Itali itu bagi carta kedudukan pelumba.

Ini akan kemenangan kedua buat Martin selepas kemenangan terakhirnya pada GP Styria di Austria, dua tahun lalu.

"Satu detik yang emosional kerana selepas dua tahun berjuang untuknya, akhirnya ia (kemenangan) tiba. Ia adalah perlumbaan yang sangat sukar kerana Peco (Bagnaia) memberi saingan yang sengit.

"Saya berdepan sedikit masalah dengan tayar belakang di pertengahan perlumbaan jadi saya tidak mahu begitu memaksanya."


Dia bagaimanapun terpaksa bertindak agresif selepas Bagnaia kembali mendahului perlumbaan.

"Sasaran saya adalah untuk sentiasa berada di hadapan jadi apabila Bagnaia memintas saya, saya cuba untuk pastikan saya terus di depan.

"Jadi saya memberikan semaksimum mungkin dalam dua pusingan terakhir."

Sementara itu, Bagnaia mengakui dia terpaksa menyerah kalah pada pusingan terakhir.

"Saya cuba untuk pergi lebih jauh tetapi tidak cukup. Saya cuba melakukannya pada dua pusingan terakhir namun nampaknya dia lebih laju."

Martin berjaya mengutip 37 mata maksimum dan dengan 144 mata secara keseluruhan, dia kini hanya ketinggalan 16 mata di belakang Bagnaia.

https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2023/06/1116112/martin-ungguli-motogp-jerman
Pages: [1]
View full version: Martin ungguli MotoGP Jerman


ADVERTISEMENT