mattzzx Publish time 19-6-2023 03:06 PM

Giliran Fadhil gegar Velodrom Nilai

https://assets.bharian.com.my/images/articles/fadhilmene19bh_1687156534.jpg
Atlet basikal trek negara Muhammad Fadhil Mohd Zonis berjaya meraih pingat emas pada acara Men Elite 1KM Time Trial Final sempena Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 di Velodrom Nasional, hari ini. - Foto BERNAMA

NILAI: Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Fadhil Mohd Zonis menebus kekecewaannya di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) tahun lalu apabila menyambar pingat emas pada edisi kali ini di Velodrom Nasional Nilai, hari ini.

Fadhil berjaya mengubah warna pingat daripada perak ke emas apabila mengungguli acara 1 kilometer (km) ujian masa individu (ITT) elit lelaki dengan merekodkan catatan masa 1 minit 00.559 saat (s) untuk menewaskan dua pencabar terdekatnya, Laitonjam Ronaldo dari India (1:00.863s) dan pelumba Korea Selatan, Woorim Choi (1:01.541s).

Lebih manis, kejayaan dilakar Fadhil itu juga menamatkan kemarau 11 tahun selepas kali terakhir Malaysia memenangi emas dalam acara berkenaan pada 2011 menerusi Mohd Edrus Yunus.

"Saya juga mengambil semangat Datuk (Azizulhasni) yang menang semalam dan juga Shah Firdaus yang jatuh dan kembali bangkit untuk dapat nombor tiga. Semangat itu saya gunakan untuk sumbang pingat buat pasukan negara," katanya kepada media selepas perlumbaan.


Di sebalik senyuman kegembiraan, Fadhil turut menitipkan kemenangan itu buat arwah bapanya, Mohd Zonis Mokhtar yang meninggal dunia pada 2019 kerana sentiasa menjadi pendorong utama kariernya.

"Kejayaan ini ada makna yang istimewa, saya dapat bawa pulang pingat emas ini balik ke Malaysia, saya sudah pun mencuba banyak kali sebelum ini, namun tidak berjaya. Semalam pula hari bapa, dan bapa saya sudah meninggal dunia sejak empat tahun yang lalu.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/sahahafadhil_1687156128.jpg

Mohd Fadhil Zonis (tengah) memenangi pingat emas dalam acara 1km ujian masa individu lelaki elit, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri (kiri) memenangi pingat perak dalam acara 500m ujian masa wanita elit dan Zulfahmi Aiman Zulkarnain (kanan) memenangi pingat gangsa dalam acara elimination men junior pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia di Velodrom Nasional. - NSTP/Azrul Edham
Mohd Fadhil Zonis (tengah) memenangi pingat emas dalam acara 1km ujian masa individu lelaki elit, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri (kiri) memenangi pingat perak dalam acara 500m ujian masa wanita elit dan Zulfahmi Aiman Zulkarnain (kanan) memenangi pingat gangsa dalam acara elimination men junior pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia di Velodrom Nasional. - NSTP/Azrul Edham

"Memang niat saya dari dulu untuk mendapatkan jersi ini bagi (membalas) segala pengorbanan yang arwah ayah saya lakukan selama ini. Sebelum ini, arwah ayah saya adalah tunjang belakang keluarga. Walaupun ketika dia sakit, ketika hari-hari terakhir dia nazak, dia masih tahu saya akan pergi ke Jerman untuk latihan pusat.

"Bila saya menang tadi, saya agak emosi sehingga mengalirkan air mata, bila difikirkan kembali, ibu saya berada di rumah, adik saya pula kemalangan dan kini berada dalam keadaan 50-50 selepas pembedahan, jadi ini adalah pengorbanan untuk keluarga saya," katanya.

Sementara itu, pelumba wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri gagal mempertahankan emas diraihnya dalam acara 500m ITT yang diraihnya pada edisi tahun lalu apabila sekadar memenangi perak.

Begitupun, Nurul Izzah masih boleh berbangga apabila memecahkan rekod 34.542s dilakukan bekas atlet wanita negara, Fatehah Mustapa dengan catatan baharu, 34.426s.
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2023/06/1116319/giliran-fadhil-gegar-velodrom-nilai
Pages: [1]
View full version: Giliran Fadhil gegar Velodrom Nilai


ADVERTISEMENT