mattzzx Publish time 19-6-2023 10:41 AM

Emma diburu tekanan selepas muncul juara Terbuka AS

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/emmaraducanu_1687141670.jpg
EMMA mencipta kejutan muncul juara Terbuka AS 2021. FOTO FAIL AFP

London: Bintang tenis wanita yang kerap dibelenggu kecederaan, Emma Raducanu berkata, dia pernah berharap kejayaannya muncul juara mengejut di Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2021 tidak berlaku kerana tekanan fizikal dan mental dihadapinya selepas itu.

Pemain Britain kelahiran Kanada itu hanya berusia 18 tahun ketika mengejutkan ramai dengan merangkul gelaran Grand Slam di New York, selepas tampil dari pusingan kelayakan tanpa tewas sebarang set.

Bagaimanapun, Emma gagal menghampiri pencapaian itu berikutan siri kecederaan dan pertukaran jurulatih yang dialaminya sejak dua tahun kebelakangan ini.

Malah, pemain di ranking ke-128 dunia itu akan terlepas aksi di Wimbledon, bulan depan, kerana dalam proses pemulihan selepas pembedahan buku lali dan pergelangan tangan.

"Saat ketika saya meraikan kemenangan di Terbuka AS, saya seperti mahu menukarkannya dengan kepayahan yang dialami pada saat ini," kata Emma kepada The Times.

"Apa saja boleh berlaku dalam hidup saya, saya akan tempuh apa saja buat masa ini kerana ia adalah yang terbaik dalam dunia. Saya berjanji kepada diri sendiri ketika di gelanggang pada hari itu.

"Sejak itu saya alami banyak kekecewaan, satu demi satu. Saya tabah, tetapi ia jelas bukan mudah. Ada masanya saya terfikir 'saya harap tak pernah menang Terbuka AS dan saya harap ia tidak pernah berlaku'," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/06/979192/emma-diburu-tekanan-selepas-muncul-juara-terbuka
Pages: [1]
View full version: Emma diburu tekanan selepas muncul juara Terbuka AS


ADVERTISEMENT