Dzulqarnain Publish time 19-6-2023 04:22 AM

Fatwa: Terjemahan Al-Quran tanpa teks bahasa arab

Salam 1 Zulhijjah 1444
TT tak lena, jom bincang. Sebelum tu boleh ke link utk rujuk dan teliti sumber/fatwa² yg diwartakan:
- Fatwa WP
- Fatwa Penang
- Jakim
- N9
- Warta Berita Astro Awani

Disklaimer: Sedia maklum fungsi fatwa mereka yg arif, kita org awam saja.

Point utama fatwa² di atas secara ringkasnya mengHARAMkan...
1- Penerbitan apa jua medium bercetak terjemahan Al-Quran tanpa disertakan teks arabnya.
2- Mustahil mendapat kebenaran/kelulusan drpd Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan Al-Quran - kesalahan besar.

Makanya, masih ada (terjemahan teks tanpa bahasa arab) yg terdapat di web/alam maya/internet/media sosial krn tidak difatwakan.
Mungkin atas sebab ia lebih mudah di rujuk teks arabnya dgn laman lain (yg punya teks arab) secara bersebelah
dan boleh disemak oleh sesiapa pun yg arif, diedit/komen/kritik/block/etc.
- pokoknya bukan sejenis kesalahan?

Pernah dibincangkan sblm ni di benang lain tp sekadar selingan (tak ingat benang mana)
antara faktor utama pengharaman utk elak ayat² Al-Quran drpd berubah makna.
- Spt yg berlaku kpd kitab² sblmnya...


Ini cuma isu 'direct translation' atau terjemahan secara terus/langsung
Ini bukan isu 'explanation' atau tafsiran/penjelasan Al-Quran
Ini bukan isu 'interpretation' atau takwil/maknai maksud Al-Quran

Argumen:
1. Benarkah klaim yg mengatakan Al-Quran telah tersebar ke seluruh pelusuk dunia? Penerbitan naskah mushafnya kah? Atau isi kandungannya?
2. Jika kata Iqra' itu merangkumi baca, belajar dan faham (read, learn & understand), di manakah kita? Bacakan/recite kpd yg lain?
3. Bukankah menyampaikan/membacakan Al-Quran dlm bahasa ibunda itu sunnah? But how? {:1_542:}
4. Dlm Dasar Pendidikan Kebangsaan (KAFA) - tiada perincian (kecuali sekolah agama)? Atau guru mengaji kelas malam? Selepas alam persekolahan?


Tidak lupa juga:
Sila kongsi kaedah generasi kini belajar isi kandungan Al-Quran
Sila kongsi juga bagaimana anda sendiri mempelajari Al-Quran
...terima kasih. {:1_545:}

ربِّ زِدْنِي عِلْماً


P/s: Terdapat byk laporan aplikasi Al-Quran mahupun web online punya ralat dan kesilapan (termasuk teks arabnya). Diharap kita semua terhindar drpd huru-hara tersebut.
- Sejak tamat tilawah kebangsaan, tertanya² adakah Al-Quran diturunkan kpd para tahfiz? Yg lain²? :'(


Wassalam
Pages: [1]
View full version: Fatwa: Terjemahan Al-Quran tanpa teks bahasa arab


ADVERTISEMENT