mattzzx Publish time 18-6-2023 03:46 PM

Red Bull mahu Perez tumpu pada perlumbaan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/FOR-MOT-SPO-F1-GRAND-PRIX-OF-CANADA-QUALIFYING_1687061993.jpg
PEREZ dinasihatkan lupakan kejuaraan tumpu pada pemanduan. FOTO AFP

Montreal: Bos pasukan Red Bull, Christian Horner memberitahu Sergio Perez supaya melupakan perjuangan untuk kejuaraan Formula Satu (F1) dan fokus pada pemanduan.

Pelumba Mexico itu berada di tangga kedua tetapi ketinggalan 53 mata di belakang rakan sepasukan dan juara dunia berganda, Max Verstappen selepas tujuh daripada 22 perlumbaan.

"Dia perlu berhenti memikirkan kejuaraan dan hanya memandu," kata Horner kepada televisyen Sky Sports di Grand Prix (GP) Kanada di Litar Montreal, Gilles Villeneuve.

Walaupun Red Bull dominan dan memenangi setiap perlumbaan musim ini dengan Verstappen menang dalam lima saingan Perez pula gagal naik podium dalam dua aksi terakhirnya.

"Dia mempunyai permulaan yang baik untuk musim ini, dia mengalami beberapa perlumbaan yang lebih sukar dan saya fikir dia hanya perlu mencari sentuhan itu semula," kata Horner.

"Kami tahu apa yang dia mampu, kami melihatnya pada awal tahun ini."
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/06/978929/red-bull-mahu-perez-tumpu-pada-perlumbaan
Pages: [1]
View full version: Red Bull mahu Perez tumpu pada perlumbaan


ADVERTISEMENT