mattzzx Publish time 18-6-2023 03:45 PM

Doohan gesa Marquez pindah

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/MOTO-PRIX-GER-MOTOGP-QUALIFYING_1687067614.jpg
MARQUEZ bergelut ketika bersama Honda. FOTO AFP

Sachsenring: Juara dunia lima kali MotoGP, Mick Doohan percaya Marc Marquez mampu memenangi satu lagi gelaran juara, namun bukanlah bersama pasukan sedia ada, Repsol Honda.

Sekiranya Marquez berjaya melakukannya, pelumba Sepanyol itu bakal menyamai pencapaian legenda permotoran dunia, Valentino Rossi yang ketika ini memegang rekod tujuh kejuaraan MotoGP.

Bagaimanapun berdasarkan situasi sedia ada, Marquez yang kali terakhir berjaya dinobatkan sebagai juara pada 2019, dilihat bergelut untuk kembali semula ke puncak, dan ia bukanlah disebabkan kecederaan berulang yang sering menimpa pelumba berusia 30 tahun itu.

Sebaliknya Honda gagal untuk membekalkan motosikal yang berdaya saing dalam membantu Marquez, dengan jentera yang dimiliki mereka ketika ini dilabel sebagai antara yang teruk di dalam saingan MotoGP

"Nampaknya Honda sudah ketinggalan beberapa langkah di belakang para pesaingnya dan sedang bergelut untuk mengejar mereka.

"Sama ada ia berkait rapat dengan kemalangan yang menimpa Marquez pada 2020 di Jerez yang menyebabkan mereka lambat untuk kembali ke puncak, nampaknya mereka sudah hilang identiti mereka sedikit demi sedikit. Ataupun mungkin itulah juga punca mengapa Marquez terbabit dengan kemalangan.

"Tetapi saya percaya Honda akan kembali menemui diri mereka semula, saya rasa mereka perlu fokus tentang perkara ini," jelas Doohan.

Doohan merasakan Marquez kini sudah kembali untuk memenangi kejuaraan dan untuk itu, dia perlu menyertai KTM bagi mencerahkan peluangnya untuk bergelar juara dunia semula.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/06/978976/doohan-gesa-marquez-pindah
Pages: [1]
View full version: Doohan gesa Marquez pindah


ADVERTISEMENT