Raline Publish time 18-6-2023 02:32 PM

Dibina Tanpa Sebatang Pun Paku, Ini Sejarah Istana Lama Seri Menanti

Dibina Tanpa Sebatang Pun Paku, Ini Sejarah Istana Lama Seri Menanti

https://i0.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2020/03/Istana-Seri-Menanti-1.jpg?w=1000&ssl=1

Istana Lama Seri Menanti merupakan sebuah istana unik yang diperbuat daripada kayu. Menjadikan ia lebih dikagumi apabila binaan istana ini tidak mempunyai sebatang paku sekalipun dan ia digantikan dengan pasak yang diperbuat daripada kayu. Pasak merupakan alat alternatif untuk menggantikan paku. Seni binaan orang terdahulu amat dikagumi melalui binaan istana ini.

https://i0.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2020/03/Istana-Seri-Menanti-3.jpg?w=900&ssl=1

Istana Lama Seri Menanti dibina pada tahun 1902 dan siap pada tahun 1908. Ia dibina kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askar-askar Inggeris semasa mengejar Yamtuan Antah ketika berlakunya peperangan Bukit Putus. Istiadat perasmian istana ini telah dirasmikan oleh DYMM Yang DiPertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah. Baginda telah bersemayam di istana ini sehingga tahun 1931 dan baginda berpindah pula ke istana baru yang dibina berhampiran dengan istana lama.

Istana Seri Menanti ini berketinggian empat tingkat. Pelan asal istana telah direka oleh dua orang tukang berbangsa Melayu yang bernama Kahar dan Taib. Tukang Kahar telah dianugerahkan gelaran Dato’ Panglima Sutan oleh Tuanku Muhammad kerana khidmat beliau. Pelan istana ini telah diperincikan semula oleh Ketua Pelukis Pelan, Mr. Woodford dari Jabatan Kerja Raya (JKR), Seremban dan telah diluluskan pada bulan November 1902 oleh Jurutera Negeri dan juga Residen British.

Istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya berukuran 67 kaki. Keempat-empat tiang ini telah diambil dari Bukit Pergai, Jelebu. Kayu-kayu lain diambil dari Bukit Tinggi iaitu jenis kayu penak. Istana ini telah digunakan untuk upacara mengadap yang diadakan tiga tahun sekali. Pada tahun 1926, Pesuruhjaya Tinggi, Sir Lawrence Gullmard telah turut hadir dalam upacara tersebut.

https://i0.wp.com/iamlejen.com/wp-content/uploads/2020/03/Gambar-Lama-ISM.png?w=900&ssl=1

Istana Lama Seri Menanti juga pernah digunakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk dijadikan Sekolah Menengah Agama Tinggi pada tahun 1959 sehinggalah tahun 1964. Kemudian istana ini dikosongkan tanpa penghuni sehingga pada tahun 1992, atas kesedaran DYMM Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Istana ini dengan rasminya diwartakan sebagai ‘Muzium Diraja’. Perasmiannya telah dilakukan pada 14 Julai 1992.

Pengurusan Muzium Diraja adalah di bawah pentadbiran Muzium Negeri, Negeri Sembilan. Bermula pada saat inilah Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti telah bertukar wajah dengan mempamerkan koleksi-koleksi milik keluarga Diraja. Setiap ruang telah diisi tanpa mengubah bentuk asal istana bagi menerangkan dan memberi pengunjung tahu akan fungsi ruang-ruang tersebut. Penambahan bahan koleksi Muzium akan dilakukan dari semasa ke semasa dengan kerjasama daripada pihak istana.

BALAI RONG SERI

Ruangan ini merupakan tempat takhta kerajaan. Di ruangan ini juga terdapat dua batang seludang dari Minangkabau yang dipegang oleh pengawal ia juga terdapat 7 mata tangga. Di mata tangga pertama dari atas adalah tempat duduk bagi Dato’ Seri Amar Diraja, di hadapannya pula tempat duduk Dato’ Raja DiWangsa. Anak tangga yang kedua pula adalah tempat Dato’ Dagang dan di hadapannya Dato’ Akhir. Di anak mata tangga ketiga hingga keenam adalah tempat duduk untuk Pegawai Penghulu Luak.

Di tangga yang ketujuh ianya dikosongkan. Bahagian bawah sekali adalah tempat orang-orang mengadap seperti Penghulu Luak yang Empat iaitu Muar, Jempol, Terachi dan Gunung Pasir juga ahli-ahli Lembaga, ahli mengadap yang lain ialah 18 orang disebelah kiri dan dibahagian kanan seramai lapan belas orang. Pengapit bagi Tuanku ialah Dato’ Gajah manakala Dato’ Mangku merupakan pengapit bagi Tuanku Ampuan. Di ruangan ini perhiasan dinding pula terdapat gambar-gambar berkaitan dengan kerabat Istana.

BALAI RAJA MUDA

Di bahagian ini tempat Raja Muda dan isteri duduk melihat ayahanda dan bonda menjalankan upacara. Mereka diapit oleh dua orang pengawal. Ia juga dihadiri oleh kerabat diraja dan juga para undangan dan di bahagian dinding pula terdapat gambar-gambar berkaitan.

BILIK BERADU

Bilik ini adalah bilik beradu Tuanku bersama Tuanku Ampuan. Di bilik ini terdapat sebuah katil, almari pakaian, almari perhiasan dan juga terdapat sebuah meja kecil dan dua buah kerusi. Kesemua pakaian dan perhiasan diri disimpan di dalam bilik ini.

RUANG SANTAPAN

Terdapat satu unit meja yang mempunyai 20 unit kerusi di ruang santapan. Di bahagian kiri dan kanan ruangan ini terdapat dua buah almari di mana tersimpan beberapa buku rujukan untuk para tetamu. Ruangan ini merupakan tempat para tetamu berbincang juga tempat mereka bersantapan. Di bahagian belakang ruangan ini terdapat jalan untuk pergi kebelakang dapur. Di sebelah kanan terdapat satu rak setinggi tiga tingkat. Di bahagian atas rak yang bertutup tempat untuk meletak gulai atau segala jenis lauk-pauk. Ruangan ini juga mempunyai hiasan dinding seperti gambar-gambar dan sebagainya.


Sumber:https://iamlejen.com/dibina-tanpa-sebatang-paku-ini-sejarah-istana-lama-seri-menanti/

afie_m Publish time 4-7-2023 12:47 PM

dulu rasanya ada juga satu rumah sejarah dekatgombak, rumah Pak Ali tak silap, rumah tu sambungan kayu yang tak guna satu paku pun...pernah ikut lawatan sekolah dulu ke sana

Tinot7 Publish time 7-7-2023 10:03 AM

afie_m replied at 4-7-2023 12:47 PM
dulu rasanya ada juga satu rumah sejarah dekatgombak, rumah Pak Ali tak silap, rumah tu sambungan...

Rumah2 melayu mmg jenis takde paku..

Rupanya rumah lama2 korea pun takde paku..

afie_m Publish time 10-7-2023 09:21 AM

Tinot7 replied at 7-7-2023 10:03 AM
Rumah2 melayu mmg jenis takde paku..

Rupanya rumah lama2 korea pun takde paku..

la kisahnya, baru tahu...tq info

Tinot7 Publish time 11-7-2023 06:30 PM

afie_m replied at 10-7-2023 09:21 AM
la kisahnya, baru tahu...tq info

You are welkam..
Pages: [1]
View full version: Dibina Tanpa Sebatang Pun Paku, Ini Sejarah Istana Lama Seri Menanti


ADVERTISEMENT