mattzzx Publish time 18-6-2023 11:30 AM

Jorge Martin mahu tawan GP Jerman


https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/06/jorge-2048x1363.jpg

Pelumba Pramac Racing Team, Jorge Martin (kanan) meraikan kejayaan selepas memenangi perlumbaan pecut bersama pelumba Ducati Lenovo Team, Francesco Bagnaia pada perlumbaan Grand Prix (GP) Jerman di Litar Sachsenring, Jerman.

SACHSENRING, Jerman – Pelumba Pramac Racing, Jorge Martin membuka kempen perlumbaan Grand Prix (GP) Jerman dengan langkah kanan apabila menjuarai perumbaan pecut selepas mengatasi juara dunia musim lalu, Francesco Bagnaia.

Kemenangan Martin memberi amaran kepada pendahulu carta kedudukan pelumba, Bagnaia selepas Martin berharap dia mampu melakar kemenangan sekali lagi pada perlumbaan sebenar di Litar Sachsenring malam esok.

Pada perlumbaan pecut tersebut, Martin yang memulakan saingan di petak keenam bijak mencari ruang sebelum berjaya meletakkan dirinya dihadapan untuk muncul juara. Bagnaia yang cuba untuk mengejar Martin terpaksa akur di tempat kedua.

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/06/jorge-dua-2048x1289.jpg
Pelumba Pramac Racing Team, Jorge Martin ketika memecut laju pada perlumbaan pecut di Grand Prix (GP) Jerman di Litar Sachsenring, Jerman.

“Saya sangat menikmati perlumbaan tersebut dan saingan kali ini tidak mudah. Saya cuba menjaga jarak dengan Pecco (Bagnaia). Saya harap dengan kemenangan hari ini, saya boleh bertarung untuk memburu kemenangan pada perlumbaan sebenar esok,” katanya sejurus tamat perlumbaan.

Pelumba KTM, Jack Miller yang bersaing hebat dengan Bagnaia pada awal saingan sekadar melengkapkan podium tempat ketiga di Litar Sachsenring. Sementara itu, pelumba Honda, Marc Marquez menamatkan saingan tempat ke-11.

Biarpun gagal melakar kemenangan pecut, Bagnaia masih kekal dipuncak dengan mengumpul 140 mata. Bagnaia bagimanapun perlu berhati-hati apabila Martin kini di tangga kedua dan hanya dipisahkan 21 mata dengan Bagnaia selepas mengumpul 119 mata.

Pelumba Itali, Marco Bezzecchi yang menamatkan perlumbaan pecut tersebut di kedudukan ketujuh kini berada di tangga ketiga keseluruhan carta kedudukan pelumba dengan mengumpul 113 mata. -KOSMO! Online


https://www.kosmo.com.my/2023/06/17/jorge-martin-mahu-tawan-gp-jerman/
Pages: [1]
View full version: Jorge Martin mahu tawan GP Jerman


ADVERTISEMENT