mattzzx Publish time 18-6-2023 11:04 AM

Ferrari tak dengar cakap saya - Leclerc

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/FOR-MOT-SPO-F1-GRAND-PRIX-OF-CANADA-QUALIFYING_1687056915.jpg
LECLERC tidak puas hati dengan pasukannya. FOTO AFP

Montreal: Charles Leclerc menuduh Ferrari tidak mendengar padangannya selepas dia hanya meraih petak ke-11 untuk Grand Prix (GP) Kanada pagi tadi.

Leclerc berkata, pasukan terkenal Formula Satu (F1) yang mendatangkan kesukaran kepada diri mereka sendiri.

Kemarahan itu boleh didengari melalui radio pasukan semasa sesi kelayakan di Litar Gilles Villeneuve dan dia memberitahu televisyen Sky Sport bahawa Ferrari sendiri tidak bijak mengambil peluang.

Pasukan itu menunggu terlalu lama untuk memakai tayar licin untuk memanfaatkan sepenuhnya situasi singkat keadaan kering sebelum hujan menjadi lebih lebat.

"Apabila trek sangat kering dan kami kekal dengan tayar asal, kami tidak menjadikan kehidupan kami lebih mudah," kata Leclerc.

"Kami akan berbincang sekali lagi dengan pasukan, tetapi kami perlu melakukan satu langkah ke hadapan sekarang kerana ia bukan kali pertama ia berlaku. Kita sering berada di pada situasi salah dalam membuat keputusan.

"Saya mempunyai pendapat yang jelas dan kami memilih sesuatu yang bertentangan."
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/06/978907/ferrari-tak-dengar-cakap-saya-leclerc
Pages: [1]
View full version: Ferrari tak dengar cakap saya - Leclerc


ADVERTISEMENT