Raline Publish time 16-6-2023 03:04 PM

GEMPAR!! TikTok sumber pendapatan baharu pengguna

TikTok sumber pendapatan baharu pengguna

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/06/tiktok-1536x1006.jpg
TikTok kini menjadi antara aplikasi media sosial paling popular dan mampu menjana pendapatan.


PETALING JAYA – Perkembangan teknologi dan kebergantungan orang ramai kepada media sosial menjadikan TikTok sebagai aplikasi paling popular yang digunakan di seluruh dunia te­rutamanya rantau Asia.

Menerusi laporan Impak TikTok: Memacu Perniagaan, Pendidikan dan Komuniti di Asia Tenggara yang diterbitkan semalam, TikTok turut dilihat sebagai saluran pendapatan baharu bagi komuniti pengguna dan perniagaan di rantau ini.

Hasil tinjauan serantau yang dilakukan berdasarkan laporan berkenaan, lebih daripada 80 peratus pencipta kandungan TikTok di rantau ini telah meningkatkan pendapatan mereka melalui pelbagai cara.

Ini termasuklah melalui TikTok LIVE atau bekerjasama dengan jenama melalui tajaan berbayar.

Dalam kalangan pencipta kandungan ditinjau yang menggunakan TikTok sebagai sumber pendapatan mereka, kebanyakannya memperoleh pendapatan yang lebih daripada gaji minimum di negara masing-masing.

80 peratus daripada pencipta kandungan TikTok yang ditinjau di negara ini beroleh pendapatan lebih tinggi berbanding gaji minimum, iaitu pada kedudukan ketiga di belakang Laos (87 peratus) dan Vietnam (83 peratus).

Sebagai perbandingan, peratusan pencipta kandungan TikTok ditinjau yang beroleh pendapatan lebih tinggi berbanding gaji minimum di Thailand hanyalah 36 peratus, manakala di Singapura 68 peratus dan Indonesia 63 peratus.

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/06/tiktok-2-750x500.jpg
Pencipta kandungan TikTok mampu memperoleh pendapatan menerusi tajaan berbayar. – GAMBAR HIASAN


Ketua Pegawai Eksekutif TikTok, Shou Chew berkata, lebih daripada 325 juta orang di rantau ini menggunakan TikTok setiap bulan.

“93 peratus daripada pencipta kandungan yang kami tinjau di rantau ini berkata TikTok menyediakan mereka platform untuk menjana pendapatan daripada kemahiran dan pengalaman mereka.

“Kami turut membantu memperkasakan perniagaan, yang mana dalam tinjauan kami, 79 peratus perniagaan mengatakan bahawa TikTok te­lah membantu peralihan mereka daripada saluran pemasaran luar talian kepada dalam talian.

“Selain itu, kami turut menjadikan pembelajaran di TikTok lebih menyeronokkan, yang mana 90 peratus pengguna datang ke TikTok untuk belajar dan beroleh kemahiran baharu melalui kandungan pada platform ini,” katanya.

Chew menambah, pihaknya berharap untuk meneruskan perjalanan ke arah membina ruang yang selamat dan menghiburkan untuk lebih ramai rakyat dan komuniti di seluruh rantau ini dan dunia.

Terdahulu, Kosmo! pada 6 Jun lalu melaporkan, TikTok bukan sahaja digunakan sebagai platform menjana pendapatan, malah turut memberi ruang kepada orang ramai untuk memi­lih pasangan hidup atau mencari jodoh.

Berbeza dengan platform lain yang dilakukan secara ‘tertutup’, pengganjur penca­rian jodoh di TikTok hanya perlu tampil secara live dan bertindak sebagai host bagi memberi ruang kepada pengguna untuk memilih pasangan.


Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/06/16/tiktok-sumber-pendapatan-baharu-pengguna/

Raline Publish time 16-6-2023 03:07 PM

sanggup jual maruah pun ya kan...
nak dapat duit tu...bkn semudah yg disangka melainkan PAID REVIEW kalau ada client berkenan....
Pages: [1]
View full version: GEMPAR!! TikTok sumber pendapatan baharu pengguna


ADVERTISEMENT