Raline Publish time 16-6-2023 09:36 AM

Boboi tempatku 'bermanja'

Boboi tempatku 'bermanja'

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0615rsboboi_1686870041.jpg
Nor Farisya Azhar, 18, menjaga lembu baka Brahman dan Kacuk Kelantan di kandang milik bapanya di Kampung Tebing Tinggi, Kemumin, di sini. FOTO SITI ROHANA IDRIS


Kota Bharu: Pada usia 18 tahun, kebanyakan remaja perempuan lain sibuk berdandan dan menghias diri, namun berbeza dengan Nor Farisya Azhar apabila bergelumang di kandang lembu.

Boleh dikatakan sepanjang hari, masa gadis manis itu diluangkan untuk menjaga dan menguruskan lebih 200 lembu baka Brahman dan Kacuk Kelantan di kandang milik bapanya, Azhar Che Abdullah, 53, di Kampung Tebing Tinggi, Kemumin, di sini.

Anak sulung daripada enam beradik itu berkata, dia mula didedahkan dengan ternakan lembu di awal usia 11 tahun dan kandang lembu seakan menjadi rumah keduanya, malah tidak kisah tiada masa untuk keluar bergembira seperti rakan lain.

"Memang ada yang memandang rendah dan berkata sinis apabila mengetahui saya menjaga lembu dan tidak kurang yang terkejut kerana biasanya kerja itu dilakukan orang lelaki.

"Bagaimanapun, ini memang minat saya dan tidak kisah langsung jika tidak dapat berhias cantik atau melaram seperti gadis lain disebabkan ia bukan kesukaan saya," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Nor Farisya berkata, tugasnya bermula seawal jam 7 pagi dengan memandikan kesemua lembu peliharaan sebelum diberi makan dedak atau rumput.

"Lembu yang menjadi kesayangan saya ialah Boboi (baka Brahman) yang sentiasa manja walaupun fizikalnya besar dengan berat sekitar 800 kilogram (kg).

"Boboi sudah dipelihara hampir lapan bulan dan kami bakal berpisah tidak lama lagi kerana ia sudah ditempah oleh pembeli untuk korban," katanya.

Berkongsi pengalaman pernah mengalami beberapa insiden disondol lembu, ia tidak mematahkan semangatnya, malah memberitahu ada cara khusus untuk menjinakkan binatang peliharaan itu.

Menjelang musim perayaan terutama Aidiladha, kandang seluas 4.8 hektar itu akan memuatkan lebih 1,000 lembu dari kedua-dua baka yang dibeli dari Thailand serta Myanmar sebelum dijual kepada pembeli.

Nor Farisya yang juga pelajar sebuah pondok di Tumpat berkata, dia berhasrat untuk meneruskan legasi bapanya dalam ternakan lembu, malah kini berupaya menjalankan urusan niaga bermula daripada proses import sehingga kepada pengguna akhir.

"Sebagai anak sulung, saya rasa bertanggungjawab untuk membantu bapa dan walaupun saya seorang perempuan, itu tidak menjadi halangan untuk terbabit dalam bidang ini," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/2023/06/978130/boboi-tempatku-bermanja

Raline Publish time 16-6-2023 02:59 PM

@dudaberhias

sepatah dua kata :lol:

dudaberhias Publish time 16-6-2023 03:05 PM

Raline replied at 16-6-2023 02:59 PM
@dudaberhias

sepatah dua kata
choiii... tapi elok comel bersih terjaga boboi tu...
lagi rembes tengok boboi tu dari nengok rhoper hero2 kat TV3 dan Astro..

dah la produksi astro/tv3 tu semua gampunk suka ambik esbok, syukri kazim elias, hero muka kucing kurap oyen jadi hero...
tapi heroin gigih pulak ambik yang cantik2... tang hero kalau boleh mesti deorang nak ambik yang sehodoh makhluk yang deorang boleh jumpa... choiii...

ni gambar salah satu hero TV3 haritu yang berlakon dengan si amyra rosli kejung...



Pages: [1]
View full version: Boboi tempatku 'bermanja'


ADVERTISEMENT