mattzzx Publish time 15-6-2023 03:29 PM

Azizulhasni, Shah Firdaus tidak sertai pecut berpasukan di Hangzhou

https://assets.bharian.com.my/images/articles/azizulhasni_1686805627.jpg
Azizulhasni (dua dari kiri) bersama trio negara yang memenangi gangsa di ACC 2023 semalam. - Gambar FB Azizuhasni Awang.

NILAI: Skuad berbasikal trek negara tidak akan menggunakan khidmat Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom bagi acara pecut berpasukan lelaki di Sukan Asia Hangzhou di China, September depan.

Sebaliknya, ketua jurulatih negara, John Beasley, berkata sandaran akan diletakkan di atas bahu trio yang dibarisi Mohd Fadhil Mohd Zonis, Muhammad Ridwan Sahrom dan Umar Hasbullah yang memenangi pingat gangsa di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023, semalam.

Katanya, kejayaan itu membuktikan ketiga-tiga pelumba berkenaan mempunyai potensi yang cukup besar meskipun tanpa kehadiran Azizulhasni dan Shah Firdaus.

"Di Sukan Asia nanti, saingan trek akan berlangsung selama empat hari sahaja, Azizulhasni dan Shah Firdaus akan beraksi dalam pecut dan keirin dan acara ini akan berterusan.



"Jika saya turunkan pasukan A, mereka juga akan beraksi pada hari terakhir untuk keirin, jadi saya rasa yang terbaik adalah mereka bermain di keirin dan kita mula membentuk serta memberi peluang kepada pelumba muda.

"Ini sekali gus membuka peluang buat mmereka membuktikan kemampuan diri mereka," kata Beasley, sambil mendedahkan China mahu menguasai acara trek di temasya itu nanti.

Beasley turut memuji persembahan ditampilkan dua pelumba muda negara, Ridwan yang juga adik kepada Shah Firdaus dan Umar yang hanya memerlukan masa untuk matang dari segi fizikal serta mental.

Fadhil, 25, memimpin acara pecut berpasukan lelaki bersama-sama Ridhhwan, 22, dan Umar, 20, mempunyai tempoh yang panjang untuk membentuk pasukan yang lebih mantap.

Mereka menamatkan perlumbaan penentuan pingat gangsa dengan catatan 44.363 saat (s), mengatasi Kazakhstan dibarisi Dmitriy Rezanov, Kirill Kurdidi dan Sergey Ponomaryov mencatat 44.488s.
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2023/06/1114718/azizulhasni-shah-firdaus-tidak-sertai-pecut-berpasukan-di-hangzhou
Pages: [1]
View full version: Azizulhasni, Shah Firdaus tidak sertai pecut berpasukan di Hangzhou


ADVERTISEMENT