mattzzx Publish time 14-6-2023 03:38 PM

'Saya harap ia emas' - Shah Firdaus

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/shah222_1686722281.jpg
SHAH Firdaus akan beraksi di ACC 2023 di Velodrom Nasional. FOTO Shah Firdaus Sahrom

Nilai: Biarlah Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 di laman sendiri berakhir dengan pencapaian lebih manis, itulah harapan pelumba negara, Shah Firdaus Sahrom yang sentiasa kempunan untuk dikalungkan emas.

Kali ini di Velodrom Nasional, pelumba berusia 27 tahun itu berazam mahu mengakhiri kemarau berkenaan selepas sering kali terkandas dan hanya berpuas hati dengan pingat perak serta gangsa.

"Saya berharap ia emas (sasaran ACC 2023). Memang penting sebab beberapa kali ACC saya buru untuk gelaran tetapi terlepas, kalah di garisan penamat dengan hanya dibezakan beberapa milimeter (mm)," katanya ketika ditemui media di sini hari ini.

Ujar pelumba kelahiran Johor itu, selain emas misinya adalah untuk mengumpul sebanyak mungkin mata kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024.

"Saya mahu meraih tempat yang menawarkan mata kelayakan Olimpik, itu juga adalah antara sasaran utama di sini selain mengumpul mata di Kejohanan Dunia.

"Prestasi saya setakat ini okay sahaja cuma itulah kita tidak tahu apa akan berlaku dalam perlumbaan. Pelbagai keadaan boleh berlaku dan jangan pandang rendah lawan lain. Harapnya perancangan saya berjalan lancar," kata Shah Firdaus.

Ditanya mengenai pungutan mata ke Olimpik, pelumba yang pernah beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu berkata, dalam acara pecut individu dia harus melayakkan diri sehingga ke suku akhir.

"Bagi saingan keirin pula saya perlu mara ke final (jika mahu mendapat mata Olimpik). Apa pun kita harapkan dapat tiket tiga pelumba negara (keirin) di Olimpik tahun depan," katanya.

Tahun lalu di ACC di New Delhi, Shah Firdaus membawa pulang dua perak dalam acara keirin dan pecut berpasukan.

Dia juga pernah meraih satu perak (keirin) dan dua gangsa (pecut individu dan berpasukan) di ACC 2019, selain meraih gangsa di ACC 2017 (keirin).
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/06/977495/saya-harap-ia-emas-shah-firdaus
Pages: [1]
View full version: 'Saya harap ia emas' - Shah Firdaus


ADVERTISEMENT