mattzzx Publish time 13-6-2023 11:36 AM

Cinta tiga segi Hamilton, Shakira, Tom Cruise

https://assets.bharian.com.my/images/articles/LEWTOMSHA13_1686623320.jpg
Lewis Hamilton (kiri), Tom Cruise dan Shakira.

LONDON: Lewis Hamilton dilaporkan berada dalam 'cinta tiga segi' dengan Shakira dan bintang Hollywood, Tom Cruise.

Shakira yang juga bintang pop itu berpisah dengan bekas pemain Barcelona, Gerard Pique, tahun lalu.

Shakira dan Hamilton dilihat bergambar beberapa kali seperti bergambar bersama dalam bot selepas Grand Prix (GP) Miami sebelum makan malam di Barcelona, hujung minggu lalu.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/lewishak13_1686623322.jpg
Lewis Hamilton ketika bersama Shakira.

Menurut PEOPLE, difahamkan mereka cuba menjadikan hubungan itu 'menarik dan menggoda'.

Namun Mirror melaporkan Tom Cruise yang juga bintang utama Mission Impossible turut tertarik dengan Shakira.

Pelakon berusia 60 tahun itu dikatakan sudah cuba 'menggoda' penyanyi kelahiran Colombia itu sebelum dia mengenali Hamilton lagi.

Dia juga percaya memiliki 'persefahaman yang hebat' dengan Shakira namun kini egonya 'diremukkan' susulan pendekatan diambil Hamilton.

Hamilton dan Cruise pernah bergambar bersama di litar Formula Satu (F1) sebelum ini dan bintang Hollywood itu turut menyifatkan pemandu itu sebagai 'rakan yang hebat.'

-AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2023/06/1113670/cinta-tiga-segi-hamilton-shakira-tom-cruise
Pages: [1]
View full version: Cinta tiga segi Hamilton, Shakira, Tom Cruise


ADVERTISEMENT