tatod Publish time 12-6-2023 08:01 PM

“Bila saya dah meminang responlah!"- Vida Nak Beli Kelantan FC

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida sudah menyampaikan hasratnya untuk mengambil alih pasukan bola sepak Kelantan FC namun setakat ini masih belum ada sebarang perbincangan selanjutnya.


Kata Vida, 52, seharusnya pihak Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham yang memulakan perbincangan berkaitan hal berkenaan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202306/12/200102hhm4zrhhd7mmwh43.png



“Saya harap bila saya dah uar-uarkan keinginan dan hasrat membeli pasukan Kelantan, pihak di sebelah sana boleh hubungi pihak saya untuk adakan pertemuan.


“Bila saya dah meminang responlah!


“Takkan saya yang perlu mulakan, jadi dipersilakan untuk memulakan perbincangan saya sedia,” katanya kepada mStar.


Dalam pada itu, Vida berniat meletakkan anak lelakinya Kacak atau Muhammad Eric Zecquan, 16, sebagai salah seorang yang akan menguruskan kelab berkenaan.


https://www.instagram.com/p/CtT6X3GhWry/


“Kacak memang main bola sepak dan ada pasukan sendiri, dengan jurulatih pun dia selalu berbincang macam mana nak majukan Kelantan.


“Jadi saya letak orang yang bermain bola dalam pengurusan jadi keperluan pasukan tu lebih dekatlah pada pendapat saya,” ujarnya.




Sumber: mStar
Pages: [1]
View full version: “Bila saya dah meminang responlah!"- Vida Nak Beli Kelantan FC


ADVERTISEMENT