sfhzuraz Publish time 12-6-2023 05:01 PM

Azam dilantik Ketua Polis Ampang Jaya

Azam dilantik Ketua Polis Ampang Jaya


Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@mediaprima.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/obj43831111_1686560012.jpg
MOHD Azam menerima tugas daripada Mohd Farouk (kiri) dan disaksikan oleh Sasikala Devi (tengah) di IPD Ampang. FOTO Fathil Asri



Ampang Jaya: Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail dilantik sebagai Ketua Polis daerah ini berkuat kuasa hari ini.
Mohd Azam menggantikan Senior Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak yang dinaikkan pangkat sebagai Ketua Penolong Pengarah D7 (Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Penyerahan serah terima tugas itu berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, disaksikan Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi.
Mohamad Farouk berkata, pelbagai kejayaan sudah dicapai IPD Ampang Jaya di bawah kepimpinannya selama dua tahun lapan bulan berkhidmat di sini.
"Banyak kenangan pahit dan manis sejak berkhidmat mengetuai daerah ini pada 15 Oktober 2020. Kerjasama yang erat antara pegawai tinggi, rendah, ketua jabatan tidak lupa juga sahabat ketua polis daerah yang lain.
"Saya yakin beliau (Azam) mampu menggalas tugas dengan baik," katanya dalam ucapan pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, di sini, hari ini.
Sementara itu, Mohd Azam berkata, beliau akan menggalas tanggungjawab baru itu dengan berusaha memberi khidmat terbaik.
"Ampang Jaya bukan asing bagi saya, saya berharap pucuk pimpinan Polis Selangor memberikan panduan dan tunjuk ajar kepada saya sepanjang perkhidmatan," katanya.


Disiarkan pada: Jun 12, 2023 @ 4:53pm






sumber




Pages: [1]
View full version: Azam dilantik Ketua Polis Ampang Jaya


ADVERTISEMENT