tatod Publish time 11-6-2023 09:33 PM

Leona Mohon Bantuan Terapi, Netizen Saran Dekati Tuhan

Pempengaruh media sosial yang sering terpalit isu sensasi, Kasih Iris Leona mendedahkan ingin mendapatkan bantuan psikiatri atau terapi minda.


Gadis berusia 21 tahun yang juga anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu menyatakan perkara itu menerusi ciapan baharu di Twitter.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202306/11/213203rmaz9vv8gqgqqtjq.png



“Saya memerlukan terapi,” tulisnya ringkas.


Walaupun tidak menyatakan punca dirinya perlu mendapatkan bantuan terapi, rata-rata netizen mengandaikan bahawa Leona mungkin tertekan apabila sering berdepan dengan kecaman berhubung beberapa kontroversi yang dilakukannya sebelum ini.


Dalam ruangan komen, ramai menyarankan agar Leona mendekatkan diri dengan Tuhan yang didakwa ‘pakar terapi’ terbaik buatnya.


“Bukan bantuan pakar terapi, tetapi petunjuk daripada Allah SWT,” tulis seorang netizen.


“Awak perlu banyak membaca al-Quran. Itu lebih mudah untuk difahami,” kata seorang lagi pengikutnya.


https://www.instagram.com/p/CquxsDnSQCI/


Malah, ada juga netizen menyarankan supaya Leona berubah menjadi seorang gadis yang lebih matang seiring dengan peningkatan usianya.


“Awak perlu juga mendewasakan dan mematangkan diri. Kematangan mempunyai kaitan dengan kecerdasan dan keupayaan untuk belajar berdasarkan pengalaman,” kata seorang pengguna Twitter.


Dalam pada itu, Leona juga diminta untuk berehat buat sementara waktu daripada bermain media sosial supaya dirinya berasa lebih tenang berdepan dengan kecaman masyarakat.


“Apa kata berehat sementara daripada melayari media sosial. Percayalah dengan cara ini boleh memberi impak kepada diri kita sendir,” cadang seorang netizen.


Sebelum ini, Leona kerap menjadi mangsa kecaman netizen kerana tindakan beraninya berkongsi foto dengan berpakaian seksi.


Penampilan tersebut mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang menganggap gadis itu tidak sensitif berkaitan hal agama.




Sumber: Kosmo! Online, Twitter Leona

Sazreena Publish time 12-6-2023 09:44 AM

Anak orka pe susah nak terapi. Tetap la jugak nak limelight bitau perlukan terapi. Nanti mula la start mental health, anxiety apa lanjiao.

esbok Publish time 12-6-2023 10:13 AM

pegi cari group usrah kat sana

lifeline Publish time 12-6-2023 10:27 AM

esbok replied at 12-6-2023 10:13 AM
pegi cari group usrah kat sana

hahahah betul sgt
ala pakai seksi tu xyah la post
xde la org nk kecam
dendiam sudah kt sana
ni antara kawan2 dia la paling seksi
kalo berseluar dia la yg paling pendek
pastu joget2 pastu post kt soc med
mmg la org mesia ni kecam dik oii
kalau awak tu x terkenal cam sepupu2 awk yg lain
xde la netijen aurat kesah kan ponnn

Prickford Publish time 12-6-2023 10:41 AM

Leona & LMK, antara dua betina yg media patut stop bagi limelight. Dua ekor ni bila media bagi attention, mula la bapak la (mami kepala but**), mak la (Tini kentut), adik beradik lain pon nak glemer jugak jugak.

intan244 Publish time 12-6-2023 12:47 PM

kuruskan diri dulu, baru la kalau menyeksi pon xde org bodyshaming. dia depress org kutuk body yg dia confident tu.

nolya Publish time 12-6-2023 03:11 PM

Edited by nolya at 12-6-2023 03:14 PM

Jika Leona rasa diri dia ada masalah shnga memerlukan terapi, maka yg terlebh afdal memberi sokongan ialah keluarganya, khususnya ibu ayahnya di rumah.Azhar yg patut pimpinanak ini kembali ke jalur yg lurus, khabarkan dgn memberi petua2 yg baik selaras dgn pantang larang budaya melayu dn Islam.Kalau Azhar sendiri pun belum sempurna, panggillah guru/ustazah, blj secara home schooling bab mengaji, tauhid, fiqh dan akhlak. But then adakah Leona ini ibarat rebung yg masih boleh dilentur. Selama ni bgaimana perana ibu dan apaknya membentuk anaknya ke jalur melayu Islam?
Pages: [1]
View full version: Leona Mohon Bantuan Terapi, Netizen Saran Dekati Tuhan


ADVERTISEMENT