tumpanglalu74 Publish time 11-6-2023 07:41 PM

[VIDEO] Pocong Temani Abam Mancing Malam2! ~ Mesti Tobat Pasni Tak Buat Dah

Edited by tumpanglalu74 at 11-6-2023 07:52 PM

7242606169435475201
https://www.tiktok.com/@ohbulanofficial/video/7242606169435475201

hyie Publish time 11-6-2023 09:01 PM

cabut je toncit dia tu :lol: pernah baca pengalaman orang yang berani cabut toncit gula2 tu, pastu dia kata kak poc tu nangis. Tahla taktau nak percaya ke tak :lol:

twins Publish time 12-6-2023 02:18 PM

orang kata pocong ni kain bungkus tu comot2... tu elok puteh bersih mcm belum kena tanam pun lg

PULANGKAN Publish time 15-6-2023 09:24 AM

twins replied at 12-6-2023 02:18 PM
orang kata pocong ni kain bungkus tu comot2... tu elok puteh bersih mcm belum kena tanam pun lg

entoh kan. banyak versipengalaman family kami, (kawasan rumah lama agak keras, penampakan hantu perkara biasa)

aku pernah nampak sebelum subuh, memang macam kain putih dalam video ni
mak aku nampak dia main cak-cak kat pokok mangga, sama jugak
bapak aku nampak atas bumbung rumah jiran, lompat2, pastu fly jadi asap
masa abang aku bonceng adik, balik ke rumah dari tempat tuisyen malam, adik toleh belakang, ada yang berguling ikut belakang motor, pun sama kain putih bersih

abang aku masa zaman kamera digital baru femes, kamera dia banyak kali auto snap gambar
kita tak tekan, tapi dia snap sendiri.
bila slide picture, macam2 gambar benda tu ada. pun sama, kain putih bersih
sudahnya, semua gambar tu abang delete, pastu kamera tu terus dia rosakkan, takut

edoraixora Publish time 15-6-2023 10:12 AM

PULANGKAN replied at 15-6-2023 09:24 AM
entoh kan. banyak versipengalaman family kami, (kawasan rumah lama agak keras, penampakan hantu pe ...

aduhhh.....banyaknya perristiwa nampak hantu
korang tinggal kat belah mana ni
mesti banyak cerita kan, bukaklah tred

PULANGKAN Publish time 15-6-2023 10:38 AM

edoraixora replied at 15-6-2023 10:12 AM
aduhhh.....banyaknya perristiwa nampak hantu
korang tinggal kat belah mana ni
mesti banyak cerita...

dulu masa awal tahun 2000, kami sekeluarga dok Sepang sanapindah ke tempat baru. tu yang macam2 cerita tu
sekarang dah pindah tempat lain dah

cerita menarik takde la. dah kitorang dengan jiran-jiran semua kena nampak lebih kurang aje
bila bercerita, style masing2 nampak, takde feel. macam nampak kucing, anjing je gaya diorang cerita :lol:

nak bukak thread pun, cerita pendek2, style membawang ja :L
contoh, budak2 nak pegi mengaji, kena kejor dek hantu takde kepala. tapi ada budak2 tu takut? takde, sebab hantu tu kejar diorang sambil menari. kaki tak jejak tanah seperti biasa. budak2 tu gelak sambil kayuh basikal ;P

atau, abang jual burger kat simpang 4 tu dah tutup kedai. haritu orang lain niaga, katup. ni orang lain meniaga, katup lagi. diorang meniaga sampai pukul 12 dulu. diorang dengar ada orang order burger, brader tu baru nak tepek daging atas kuali, angkat muka nak tengok customer, tadaa, customer takde kepala. caboottt :lol:
brader tu pun rumah dia belakang kedai tu ja, dekat

ada acik rumah depan, nampak penanggal kejar katak tengah malam lah

adik Iols, diorang tido sebilik. bangun besok pagi, masing2 nak pegi sekolah mata sembap je. mengantuk, menguap
bila tanya, asal macam tak cukup tido. diorang lek je jawab, nak tido camane. dari malam sampai le ke subuh, ada yang menangis tepi tingkap tu

aaa gitu la lebih kurang cerita pendek weols. cerita panjang memang takde
cerita lagi pendek,
Iols bangun tengah malam nak pegi toilet, ada cik akak berdiri tengah rumah, rambut tutup muka
lagi satu kejadian, baru nak turun katil, pintu bilik tu ngadap ruang tamu rumah, nampak ada toyol kepala besar lari2

kitorang adik-beradik masa kecik suka tido kat ruang tamu dulu. bentang toto, tengok tv malam minggu
adik cerita, tengah malam dia terbangun sebab rasa kaki dia tersepak sesuatu. bila bukak mata, ada toyol tengok diorang tengah tido

kawan Iols, pegi sekolah gelak2. tiap malam rumah dia, ada hantu bertenggek kat tangki air

ini cerita 20 tahun lepas. tempat tu sekarang dah membangun dah, moden. dah selamat dah
yang lagi menakutkan dari hantu ramai, penjenayah dengan PATI, pekerja2 foreign yang dok buat jenayah tak kira waktu, mat dadih la

twins Publish time 16-6-2023 10:13 AM

PULANGKAN replied at 15-6-2023 10:38 AM
dulu masa awal tahun 2000, kami sekeluarga dok Sepang sanapindah ke tempat baru. tu yang macam2 ce ...

haiyoooo.... sampaikan dalam rumah dia main...
kalau kaka la... rasanya tumbang terus..pengsan tak kebah2 dah...
memang dahsyat2 la budak2 kejiranan situ ekkk... boleh gelak2 pulak..
tapi ada sesiapa tak yg try perhambat hantu-hantu tu... ?
orang kata kalau kita perhambat dia memang mencicit dia lari... wallahualam

duri_durians Publish time 16-6-2023 10:59 AM

PULANGKAN replied at 15-6-2023 09:24 AM
entoh kan. banyak versipengalaman family kami, (kawasan rumah lama agak keras, penampakan hantu pe ...

pehh berani betul.. dah macam jiran pulak hantu2 tu semua ek..

PULANGKAN Publish time 16-6-2023 07:01 PM

twins replied at 16-6-2023 10:13 AM
haiyoooo.... sampaikan dalam rumah dia main...
kalau kaka la... rasanya tumbang terus..pengsan tak ...

tak tau la kalau ada yang buat. tak pernah dengar pulakmungkin ada tapi tak cerita

sebab ada je pakcik-pakcik yang jenis pandai ngubat dulu. diorang je tak bercerita kut

PULANGKAN Publish time 16-6-2023 07:09 PM

duri_durians replied at 16-6-2023 10:59 AM
pehh berani betul.. dah macam jiran pulak hantu2 tu semua ek..

dia kalau kena sorang, memang takuttapi kalau semua kena, dia jadi norma.
plus, budak2 bukan berani, tapi tak reti takut :lol:

yang Iols tak suka, kalau sekolah ada buat program, pastu malam tu, aktiviti burung hantu
memang ada yang join sekali. hampeh betul
harap mansuhkan aje la aktiviti burung hantu, kacau tido:L

twins Publish time 19-6-2023 12:25 PM

PULANGKAN replied at 16-6-2023 07:09 PM
dia kalau kena sorang, memang takuttapi kalau semua kena, dia jadi norma.
plus, budak2 bukan beran ...

sedangkan tak buat projek burung hantu pun dia "curi-curi join kita"... ini kan pulak
sengaja buat projek tu.. tinggal sorang2 dalam hutan memang seronok la diaaa....
kaka twins pernah dulu masa project burung hantu under UiTM buat kat hutan kecik sebelah
Damai Laut Resort Seri Manjung....siap singgah atas pokok depan kaka.. sib baik la pokok tu
jenis tinggisebab memang pokok hutan... kalau level2 pokok betik jer rasanya jadi patung
cendana dah kaka kat situ malam tu......{:stresso

myakayina Publish time 30-6-2023 12:50 PM

behave je cik cong tu.. dia nak temankan abg mancing tu je..
Pages: [1]
View full version: [VIDEO] Pocong Temani Abam Mancing Malam2! ~ Mesti Tobat Pasni Tak Buat Dah


ADVERTISEMENT