rizalman82 Publish time 15-12-2010 12:33 PM

Kisah Kejayaan : Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin

Kisah Kejayaan : Tan Sri SM Nasimuddin SM AminAllahyarhamTan Sri SM Nasimuddin SM Amin merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu di Malaysia. Beliau merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Naza yang ditubuhkan pada 1979. Beliau terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan seperti perniagaan permotoran, hotel, perladangan, kejuruteraan, perkhidmatan pengangkutan, alat-alat mesin, pembuatan danhttp://yusoprejab.com/wp-content/uploads/2010/08/nasim.jpg sebagainya.BiografiTan Sri SM Nasimuddin SM Amin yang lahir pada tahun 1955 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini sentiasa berminat terhadap kereta dan industri automobil. Beliau belajar di Sekolah Menengah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negri Sembilan.Pada tahun 1974, ketika berusia 21 tahun, beliau menyimpan RM80,000 dalam akaun bank hasil gaji sebagai pembantu bapa beliau yang bekerja sebagai kontraktor. Beliau memulakan perniagaan automobil dengan satu peruntukan Permit Import (AP) untuk mengimport kereta buatan asing. Beliau meraih hasil sejuta ringgit pertama beliau dalam masa setahun.Dalam satu temubual akhbar, apabila ditinjau kembali, Nasimuddin merasa diri beliau berjaya kerana beliau sudah bernikah sewaktu muda lagi dan berminat untuk menjalankan perniagaan sendiri. Kelebihan beliau ialah beliau adalah seorang lelaki sederhana dan bijaksana yang berjimat setiap sen yang ia terima dari orang tuanya sejak zaman persekolahannya lagi. Duit yang diterima ketika membantu ayahnya dalam perniagaan pembinaan dan kemudian dari pekerjaannya sendiri sebagai kerani.http://yusoprejab.com/wp-content/uploads/2010/08/naza-n-nasim.jpgAlam perniagaanBeliau memperoleh jutaan pertamanya setahun kemudian dengan memohon Permit Import kerajaan untuk kereta dari Jepun.Beliau dinyatakan berkata: “Saya sangat meminati kereta sejak remaja lagi. Sebab itulah saya berada dalam perniagaan ini. Perniagaan pembinaan ayah saya bukanlah minat saya.”Memandangkan kecenderungan dan minat beliau kepada kereta dan industri automobil. Beliau bercadang untuk membawa kereta terpakai daripada Jepun. Tanpa bertangguh, dengan bermodalkan RM80,000, beliau memohon 20 AP dan berangkat ke negara matahari terbit dan menetap selama 3 bulan disana. Sekembalinya beliau daripada Jepun, beliau juga membawa pulang 20 kereta terpakai Jepun dan terus melakukan aktiviti pemasaran bagi memastikan kereta beliau terjual. Dalam masa 3 bulan, beliau berjaya menjual kesemua kereta tersebut.Nasimuddin memulakan perniagaan kereta beliau dalam sebuah kedai di Taman Maluri, dan menjual 10 hingga 15 unit kereta sebulan. Pada tahun 1979, beliau membuka cawangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur untuk menggiatkan perniagaan peruncitan beliau, dan menjual 40 hingga 60 buah kereta sebulan.Nasimuddin bermula dengan hanya lima orang kakitangan dan kini jumlah mereka meningkatkan kepada kira-kira 4,000 orang.Anugerah dan pengiktirafanSebagai penghargaan atas khidmat dan sumbangan beliau, Nasimuddin dikurniakan beberapa anugerah dan gelaran, termasuk Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang membawa gelaran Tan Sri. Nasimuddin juga meraih pingat khidmat industri Anugerah Presiden Korea Selatan, dari Son Sang-Ha duta negara tersebut ke Malaysia bagi pihak Presiden Korea Selatan, kerana sumbangan beliau kepada industri automotif. Beliau ialah rakyat Malaysia pertama yang meraih anugerah Korea tersebut.KematianNasimuddin meninggal dunia akibat barah paru-paru di Los Angeles, California, AS, pada pukul 1 Mei 2008, 9 pagi (waktu tempatan). Jenazah beliau diterbangkan kembali ke negara lalu selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melaka, Batu 9 Hulu Langat pada 4.30 petang, 4 Mei, bersebelahan kubur ibu beliau, Salbiah Abdul Majid.Perniagaanhttp://yusoprejab.com/wp-content/uploads/2010/08/Naza_Corp_logo_01.jpgKumpulan Naza, yang ditubuhkan pada 1979, mempunyai 14 bahagian perniagaan yang meliputi industri-industri seperti pengedaran rokok, kredit dan sewaan, kejuruteraan, hotel, insurans, alat ganti jentera, pengilangan, automotif, hartanah, pengangkutan, penanaman dan kenderaan air. Kumpulan Naza kini memegang hak francais Malaysia untuk kenderaan Kia dari Korea Selatan, dan Peugeot dari Perancis, serta juga permit import untuk kenderaan Mazda. Naza kini telah menjadi pengimport kenderaan mewah seperti Mercedes-Benz yang terbesar dan terpenting in Malaysia melalui usaha-usaha seperti Naza-Brabus.Pada Ogos 2005, Naza membuka pintunya untuk dewan pameran automotif baru yang menjadi mercu tanda syarikat itu – Naza Auto Mall di Petaling Jaya, Selangor.Kumpulan itu mempunyai pembangunan hartanah — TIDI Development Sdn Bhd – dan hotel di Malaysia, dan Los Angeles, termasuk Howard Johnson di Torrance dan Crowne Plaza Hotel di San Pedro, Los Angeles.Nasimuddin juga merupakan pengasas kelab bola sepak Kuala Muda Naza FC yang bertapak di Kuala Muda, Kedah.Beliau juga pernah merancang pembinaan kilang yang bernilai RM1.2 bilion di Bertam, Pulau Pinang.Pada April 2008, beliau memasuki perniagaan makanan dengan melancarkan Bubba Gump Shrimp Co. Restaurant and Market di Malaysia.Reputasi beliau sebagai seorang usahawan unggul tidak dapat dinafikan. Beliau sentiasa memanafaatkan peluang dan mengembangkan perniagaan beliau dari masa ke semasa. Antara tips kejayaan yg sempat beliau kongsi adalah sikap berjimat cermat dan sentiasa menyimpan keuntungan beliau untuk dilaburkan kembali supaya proses mengembangkan perniagaan beliau dapat dilaksanakan dengan jaya.

spiderman80 Publish time 15-12-2010 03:06 PM

AP, tak hairan pun.

gadisfius Publish time 16-12-2010 08:37 AM

pd umur 21tahun dh dpt menyimpan rm80 ribu dlm tahun 1974, sungguh membangga kan... {:1_152:}

moga perniagaan yg d tinggalkan utk anak2 nya kini dpt d kembang maju kan lg....

cmf_princess06 Publish time 16-12-2010 08:51 AM

bangga sebab. anak-anaknya dpt meneruskan legenda perniagaan dia..
tak mcm arwah DRB..terus berkubur...

punchup Publish time 16-12-2010 10:46 AM

bangga sebab. anak-anaknya dpt meneruskan legenda perniagaan dia..
tak mcm arwah DRB..terus berkubu ...
cmf_princess06 Post at 16-12-2010 08:51 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif


    sape arwah DRB?

Projek_Luar Publish time 16-12-2010 10:39 PM

bangga lh jugak anak melayu...
brape nilai 80k pd thn 1974...
seigt ako bapak ako cite die beli moto mase tu hege 300 ringgit jer...

munchkin Publish time 19-12-2010 02:18 AM

baguslah dia ni

Hasmuniah Publish time 19-12-2010 09:08 PM

bangga sebab. anak-anaknya dpt meneruskan legenda perniagaan dia..
tak mcm arwah DRB..terus berkubu ...
cmf_princess06 Post at 16-12-2010 08:51 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif

Arwah SM ni untung sebab anak2 dia dah besar & boleh amik alih syarikat...
Arwah Tan Sri Yahya dulu, rasa2 masa dia meninggal anak2 dia kecik2 lagi... Pastu plak, 2-2 (Tan Sri & wife) pegi dalam masa yg sama

punchup Publish time 19-12-2010 11:25 PM

Arwah SM ni untung sebab anak2 dia dah besar & boleh amik alih syarikat...
Arwah Tan Sri Yahya ...
Hasmuniah Post at 19-12-2010 21:08 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    oooo...DRB....ingat.....n arwah Tan Sri Yahaya ..meninggal mengejut..accident kan.......so unxpected ......?

dellashrill Publish time 20-12-2010 02:15 AM

I like... semangat dia di dalam bidang perniagaan harus dicontohi..

RibyBoo800 Publish time 20-12-2010 11:13 AM

{:1_152:}:bruce3:{:1_152:}:P

RibyBoo800 Publish time 20-12-2010 11:14 AM

Reply 3# gadisfius


   xleh thn org ke-3 kot hehehehhehe:tembak:

mizzarwenlotr Publish time 20-12-2010 12:47 PM

oooo...DRB....ingat.....n arwah Tan Sri Yahaya ..meninggal mengejut..accident kan.......so ...
punchup Post at 19-12-2010 23:25 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    helicopter xcident rasenye

punchup Publish time 20-12-2010 09:22 PM

helicopter xcident rasenye
mizzarwenlotr Post at 20-12-2010 12:47 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    ahhhh......byk kisah sebalik gak tu......?

Hasmuniah Publish time 20-12-2010 09:32 PM

Reply 14# punchup

Aku pun tak jelas sgt...masa aku sek rendah, cikgu pernah kata arwah adalah org melayu yang paling berjaya waktu tu.. tp umur tak pnjg...
Arwan Tan Sri SM Nasim ni, baru baru kenal dia 5 tahun kebelakangan ni jer.. sebelum ni aku tak amik pot sgt... Tp yg pasti dia pun salah seorang melayu yang paling berjaya..

putrisakura Publish time 20-12-2010 10:40 PM

maaf..bkn ke famili die ade kene mengena dgn rapidah aziz? jadi bahan lazer TDM, sampai rapidah aziz menangis bile kantoi sume AP die bagi kat arwah ni dulu...

put3_kaseh Publish time 21-12-2010 09:48 AM

helicopter xcident rasenye
mizzarwenlotr Post at 20-12-2010 12:47 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


    Yups.. helicopter meletups... sian arwah, masa tu dia blk trg nak ziarah mak dia sakit tenat.. tp dia yg pergi dulu, tp mak dia pun meninggal beberapa hari lepas arwah ni pergi tanpa mengetahui anak dia dah tinggalkan dia terlebih dahulu.. al-fatihah buat mereka yg telah menyahut panggilah Ilahi.

rafudhefu Publish time 23-12-2010 10:01 AM

Bangga la, tp kekayan yg berkuyun2 tetap xleh bwk smpi ke kubur...

fhilmi Publish time 20-11-2011 02:31 PM

very inspiring bila baca psl self-made millionaire macam Tan Sri Nasimuddin ni

mimzat Publish time 27-1-2012 03:55 PM

Reply 3# gadisfius


    Itulah saya pun teruja juga dengan Allahyarham ni dalam usia 21 tahun dah simpan RM 80 ribu......    ooooo dahsyat.
Pages: [1] 2
View full version: Kisah Kejayaan : Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin


ADVERTISEMENT