Raline Publish time 9-6-2023 07:06 PM

Atlet badminton para sumbang emas ke-50

Atlet badminton para sumbang emas ke-50


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/BADMINTON_PARA_1686297870.jpg
MHD Amin meraikan kemenangan ke atas pemain Indonesia bagi kategori SL4- kecacatan fizikal. FOTO Bernama


Kuala Lumpur: Malaysia menutup kempen hari terakhir Sukan Para Asean di Kemboja dengan mengutip tiga pingat emas menerusi acara badminton sekali gus mencapai keseluruhan 50 emas.

Pingat emas pertama negara diperolehi menerusi Muhammad Ikhwan Ramli yang menewaskan wakil Thailand, Jakarin Homhual 21-15, 21-14 dalam acara perseorangan lelaki pada perlawanan yang berlangsung di Dewan Badminton, Stadium Morodok Techo.

Mhd Amin Burhanuddin menambah emas kedua apabila melakukan kejutan menewaskan wakil Indonesia yang juga pemain ranking ketujuh dunia, Hikmat Ramdani 21-18, 9-21, 21-15 dalam cara perseorangan lelaki SL4 kecacatan fizikal.

Mhd Amin terpaksa mengerah kudrat beraksi selama 44 minit untuk memastikan emas milik Malaysia sekali gus mengubah warna pingat gangsa yang dimenanginya pada edisi terdahulu di Solo.

Muhammad Ikhwan dan Noor Azwan Noorlan melengkapkan hari bermakna untuk kontinjen negara apabila membolot emas ketiga dan juga yang terakhir dalam acara beregu lelaki WH1/WH2 berkerusi roda selepas menumbangkan gandingan Dunmern Junthong-Jakarin dari Thailand 14-21, 21-17, 21-9.

Kemenangan itu juga bermakna mereka dapat mempertahankan emas yang dimenangi pada edisi lalu di Solo, Indonesia.

Muhammad Ikhwan berkata, sorakan penyokong Malaysia yang hadir pada perlawanan hari ini membantu menaikkan semangat mereka.

"Memang tidak sangka sebab pasangan Thailand itu suka main laju jadi kami gunakan rentak permainan kami sendiri untuk menang hari ini," katanya.

Secara keseluruhan, kontinjen negara meraih 50 pingat emas, 38 perak dan 34 gangsa untuk keseluruhan 122 pingat pada temasya kali ini.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/badminton/2023/06/975873/atlet-badminton-para-sumbang-emas-ke-50

Pages: [1]
View full version: Atlet badminton para sumbang emas ke-50


ADVERTISEMENT