Raline Publish time 8-6-2023 09:51 AM

Jangan Biarkan Span Basuh Pinggan Kotor, Boleh Risiko Cirit Birit

Jangan Biarkan Span Basuh Pinggan Kotor, Boleh Risiko Cirit Birit




https://media.siraplimau.com/2023/06/SPAN-BASUH-PINGGAN.jpg

Ramai orang beranggapan bahawa tandas merupakan tempat paling kotor. Sebenarnya, dapur juga salah satu tempat pembiakan pelbagai jenis kuman kerana span basuh pinggan yang digunakan tidak ditukar.

Ini kerana span tersebut digunakan untuk membersihkan pinggan, mangkuk, cawan, botol susu baby, periuk, sudu garfu, dan bermacam-macam lagi perkakas dapur.

SPAN BASUH PINGGAN KOTOR JANGAN BIARKAN, BAHAYA!

https://media.siraplimau.com/2023/06/sponge.jpg

Pelbagai jenis kuman bakteria seperti Acinetobacter, Moraxella, Chryseobacterium, dan kulat boleh melekat di span dapur rumah.

Anda mungkin berpendapat, sabun pinggan boleh bunuh kuman-kuman tersebut. Namun kajian telah menunjukkan bahawa kuman masih wujud walaupun ia direndam dalam sabun pinggan.

Lebih teruk lagi, boleh jadi lebih kotor berbanding keadaan di dalam tandas anda. Span adalah ‘syurga’ bagi kuman.

Anda dan keluarga juga berisiko mengalami cirit birit jika tidak bernasib baik. Jadi, span di rumah perlulah ditukar setiap tiga minggu sekali.

Jom ikuti tips membersihkan span di bawah:

Rebus 5 minit
Microwave. Letak dalam air + bleach selama 2 minit
Beli span baru. 3 minggu sekali wajib tukar.
Lebih afdal, seminggu sekali tukar atau bila dah berbau busuk, mana-mana lebih awal.

Semoga bermanfaat dan jaga kebersihan ya!


Sumber:https://siraplimau.com/span-basuh-pinggan-kotor/
      Facebook Public Health Malaysia

haprak4042 Publish time 1-10-2023 02:19 AM

yup salah satu punca juga selain dari kuku yg panjang dan kotor
Pages: [1]
View full version: Jangan Biarkan Span Basuh Pinggan Kotor, Boleh Risiko Cirit Birit


ADVERTISEMENT