manjalara_01 Publish time 18-2-2023 07:22 PM

THE BOOGEYMAN 2023 (Stephen King)

Edited by manjalara_01 at 18-2-2023 07:33 PM

https://m.media-amazon.com/images/M/MV5BZWMxMTEwN2ItMDhkNi00OTM0LTg0M2EtMWZmNjQ5YTg4MjkxXkEyXkFqcGdeQXVyMjA0MDQ0Mjc@._V1_.jpg

QsudEHsuvIg

The Boogeyman is an upcoming American supernatural horror film directed by Rob Savage from a screenplay by Scott Beck, Bryan Woods and Mark Heyman, based on the 1973 short story of the same name by Stephen King.

Plot

High school student Sadie Harper and her little sister Sawyer are still reeling from the recent death of their mother.
      Devastated by his own pain, their father Will, a therapist by profession, gives them neither the support nor the affection that they try to claim from him.
      When a desperate patient shows up unexpectedly at their house asking for help, they bring in a terrifying entity that preys on the families and feeds on their greatest suffering.

Raline Publish time 8-6-2023 09:38 AM

The Boogeyman tak boleh tandingi IT

The Boogeyman tak boleh tandingi IT




https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/06/WhatsApp-Image-2023-06-07-at-16.52.19.jpeg
Merupakan filem seram supernatural arahan sutradara bernama Rob Savage, The Boogeyman tidaklah mengecewakan namun tidak juga terlalu membanggakan.

Berkesempatan menonton filem terbabit di GSC One Utama, Damansara, minggu lalu, The Boogeyman yang diadaptasi ke layar perak daripada cerita pendek seram tulisan novelis profilik, Stephen King membuatkan deras adrenalin memancut-mancut diketip rasa ketakutan.

Takut bukan hanya dengan terjemahan lembaga mengerikan yang menjadi igauan ramai terutama golongan kanak-kanak, tetapi khuatir nyawa menjadi korban disebabkan ketidakpercayaan orang dewasa terhadap ‘dongeng’ popular tersebut.

Permainan karakter

Karakter Sawyer Harper yang dijayakan pelakon cilik Vivien Lyra Blair adalah antara perihal yang mencuri tumpuan selain elemen kejutan atau jumpscare dalam filem memang tak boleh dibawa bincang.

Bayangkan, kita anak kecil dan apa yang diperkatakan kepada orang dewasa sukar untuk dipercayai mereka.

Itulah dilema yang dialami Sawyer sehinggalah satu per satu bukti terbentang wujudnya lembaga Boogeyman terbentang di depan mata kakak, Sadie Harper dan bapanya.

Dari segi naratif atau plot, The Boogeyman boleh disifatkan sebagai sebuah filem seram yang rentaknya agak perlahan.

Perlahan sampaikan ada beberapa babak membuatkan penulis terlena.

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/06/WhatsApp-Image-2023-06-07-at-16.52.19-1-1536x1023.jpeg
Watak cilik bernama Sawyer yang memberi kesan kepada audiens.

Barangkali itu gaya pengarahan Rob Savage namun buat peminat atau audiens yang gemarkan filem seram yang ‘laju’ pergerakannya, The Boogeyman bukanlah jawapannya.

Tak boleh lawan IT

Filem IT yang terkenal dengan karakter badut bernama Pennywise (yang merupakan cerita asal Stephen King) memberi bekas tersendiri buat penggemar filem seram namun The Boogeyman, impak yang ditinggalkan hanya biasa-biasa sahaja.

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/06/WhatsApp-Image-2023-06-07-at-16.51.42-1536x1023.jpeg
Tiga beranak diancam nyawa mereka oleh lembaga jahat bernama Boogeyman yang dianggap sebagai satu dongeng kanak-kanak.
Entiti atau lembaga bernama The Boogeymen tidak diterjemahkan secermat-cermatnya.

Terasa macam makhluk tersebut terlalu mengikut sifir Demogorgon sudah terkenal dengan jenama Stranger Things.

Masakan tidak, penerbit The Boogeyman dan Stranger Things adalah individu yang sama.

Satu perkara yang terlahir cermat daripada filem The Boogeyman adalah bertapa pentingnya nilai kekeluargaan dalam menentang kejahatan.

Itu dipaparkan menerusi jalinan emosi antara tiga watak utama iaitu Sadie, Sawyer dan Will Harper.

Sekalipun aura jahat menguasai, kasih sayang antara ahli keluarga adalah kunci kemenangan.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/06/08/the-boogeyman-tak-boleh-tandingi-it/

delia3003 Publish time 9-6-2023 08:38 PM

Pelakon tak famous, budget pun rendah. Asal nye Fox buat filem ni untuk streaming kat Hulu je.

manjalara_01 Publish time 31-8-2023 04:44 PM

delia3003 replied at 9-6-2023 08:38 PM
Pelakon tak famous, budget pun rendah. Asal nye Fox buat filem ni untuk streaming kat Hulu je.

Tu la...mcm xde selera je nak tgk tp sbb old school movie Stephen King tu yg bukak thread. Dulu2 byk jgk movies tajuk Boogeyman. Tp x pernah pulak tahu psl yg ni :o
Pages: [1]
View full version: THE BOOGEYMAN 2023 (Stephen King)


ADVERTISEMENT