tatod Publish time 5-6-2023 09:50 PM

Serik Dapat Housemate Pengotor, Rela Bayar Sewa Mahal Duduk Seorang

Seorang lelaki berkongsi pengalamannya tinggal serumah dengan seseorang yang pengotor.


"Ini antara red flag kalau rakan serumah kita tu tak boleh diharap tentang kebersihan. Berdasarkan pengalaman saya sendiri.


"Lepas makan tak cuci pinggan, letak je dalam singki. Pakai semula baju semalam, tak basuh pun walaupun banyak baju bersih yang lain.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202306/05/214936rj0yi9kvxgi0ggx1.png



"Kerap tumpang kereta kau nak pergi mana-mana tapi tak pernah tolong tuang (isi) sikit minyak," katanya.


Lelaki itu seterusnya mengatakan dia kini sudah serik untuk mempercayai manusia dan memilih untuk menetap berseorangan tanpa ada penghuni lain.


"Saya pernah pergi bercuti selama seminggu, bila saya balik, rasa nak menangis tengok keadaan dapur. Saya jenis tak memasak, jadi barang dekat dapur tu memang bukan saya guna.


"Periuk nasi sampai dah berkulat nasi dalam tu. Terus saya buang periuk tu. Tak ada makna saya nak basuh-basuh dah. Geli sangat.


"Itu kali pertama dan terakhir saya duduk menyewa dengan orang. Lepas tu kalau pindah mana-mana memang sewa sebiji rumah terus," katanya.


Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya meluahkan perkara yang sama dan berasa penat menyewa dengan mereka yang lepas tangan dalam aspek kebersihan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202306/05/215010w7zkzay47v3hb33z.jpg



"Saya baru dua bulan sewa rumah seorang lepas dapat rakan sebilik yang teruk macam tu. Saya masak setiap hari tapi tak ada la sampai biar dapur kotor macam rumah dulu. Biar penat sikit tapi bersih.


"Tengah lalui sekarang. Mereka ni sanggup duduk dalam rumah dengan sampah tak buang sebulan. Kalau tak ada yang buang, aku juga la yang terpaksa pergi buang. Habis kontrak nak pergi sewa rumah seorang. Biar mahal tapi selesa.


"Kuali tak basuh, kulit telur biar dekat singki, bilik bau macam stokin masam. Memang ada ya manusia jenis macam ni. Kebersihan diri terus hancur.


"Rakan serumah aku pula tak tahu nak jaga kebersihan tandas. Gelinya nak mandi dekat rumah sendiri tengok keadaan jamban," kata sebahagian warga maya.




Sumber: mStar

bunnyj3lly Publish time 5-6-2023 10:47 PM

Yang jamban tu.. kau expect orang lain cuci ke? Takde roaster gilir-gilir cuci?

{:8_665:}

ina_na Publish time 6-6-2023 12:35 PM

Penah gak ms awal2 keje dl dpt house mate super pengotor ni..Mmg x tunggu lama Cari rumah sewa lain..menyewa sorg2.. selesa hidup..lps tu br start bl perkakas dlm rumah..kumpul duit skt2 bl TV,sofa L shape,peti ice,mesin basuh,tong gas..ms duk menyewa gan housemate pengotor ,abis brg dapur aku dilenjan nye..duk sorg2 rsnye lebih jimat duit dapur...

uori Publish time 6-6-2023 07:45 PM

sewa kat area gurney, cleaner semua ada, senang :lol:

dekmieDandy Publish time 7-6-2023 11:25 AM

antara punca aku tiap tahun pindah bilik sewa dulu time mula-mula pindah KL

sekarang sewa sendiri, aman hidup

boleh barang ikut tekak sendiri pun best, nikmat rasa

chiyoasuka Publish time 28-7-2023 01:37 AM

ni bukan hsmte tp someone yg i know dlu, msk bilik dia mkanan dia bekulat2, baju bersepah atas lantai.. istigfar tgk
Pages: [1]
View full version: Serik Dapat Housemate Pengotor, Rela Bayar Sewa Mahal Duduk Seorang


ADVERTISEMENT