mattzzx Publish time 5-6-2023 04:52 PM

Verstappen semakin sukar digugat

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/ver90_1685928114.jpg
VERSTAPPEN meraikan kejayaannya di pentas podium. FOTO AFP

Montmelo: Juara bertahan, Max Verstappen melebarkan kelebihannya di puncak kejuaraan pemandu Formula Satu (F1) kepada 53 mata selepas melengkapkan hatrik kemenangan musim ini dengan jentera Red Bull di Grand Prix Sepanyol.

Pemandu 25 tahun dari Belanda itu mendahului perlumbaan dari awal untuk melintasi garisan penamat 24 saat lebih pantas daripada pesaing terdekat, juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton dan rakan sepasukan Mercedes, George Russell.

Ia adalah kemenangan ketiga berturut-turut Verstappen, yang ketiganya di Sepanyol, kelima dalam tujuh perlumbaan musim ini dan ke-40 dalam kariernya.

"Sangat berpuas hati dapat memandu kereta seperti ini. Ia terbukti lagi hari ini. Kami menggunakan strategi tayar berbeza hari ini dan pilihan saya tepat. Menang di sini sangat menakjubkan," kata Verstappen.

Hamilton meraih penamat podium ke-11 dirinya di Sepanyol dan enam daripadanya adalah kemenangan.

"Keputusan dan penonton yang hebat. Saya tidak menjangkakannya, terima kasih kepada pasukan dan kilang kerana membawa kami semakin hampir dengan Red Bull. Kami berupaya mengejar mereka dan George melakukan tugas dengan baik hari ini," kata Hamilton.

Rakan sepasukan Verstappen, Sergio Perez yang bermula dari petak ke-11, menamatkan perlumbaan di tempat keempat mengatasi Carlos Sainz, Lance Stroll dan rakan sepasukan Aston Martin serta juara dunia kali, Fernando Alonso.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/06/974250/verstappen-semakin-sukar-digugat
Pages: [1]
View full version: Verstappen semakin sukar digugat


ADVERTISEMENT