Raline Publish time 31-5-2023 08:46 AM

Mesej Murray bantu Andreeva lepasi pusingan pertama

Mesej Murray bantu Andreeva lepasi pusingan pertama

https://assets.bharian.com.my/images/articles/TENNIS-FRA-OPEN-2023_1685455352.jpg
Aksi Andreeva ketika pusingan pertama Terbuka Perancis, hari ini.AFP


PARIS: Pemain remaja Russia, Mirra Andreeva mendedahkan mesej selamat maju jaya daripada Andy Murray 'mungkin' membantunya memenangi perlawanan pada penampilan pertamanya di Terbuka Perancis.

Bintang muda berusia 16 tahun itu menjadi tajuk utama susulan kejayaannya mara ke pusingan keempat Terbuka Madrid, bulan lalu.

Di Roland Garros dia berjaya melepasi pusingan kelayakan untuk membuat penampilan pertama dalam kejohanan Grand Slam dan seterusnya menewaskan Alison Riske-Amritraj 6-2, 6-1 di pusingan pertama.

Andreeva turut menarik perhatian di Madrid susulan komennya mengenai Murray individu yang baik dalam kehidupan sebenar dengan bekas pemain nombor satu dunia itu berkata tentang "betapa baiknya dia apabila dia dapat melihatnya".

Murray tidak beraksi di Roland Garros bagi melakukan persiapan menghadapi musim gelanggang rumput tetapi dia sempat menitipkan ucapan selama maju jaya buat Andreeva untuk kempennya di Terbuka Perancis.

"Selepas dia memenangi Challenger, saya menghantar mesej kepadanya. Saya berkata, 'Tahniah'," kata Andreeva.

"Dia sebenarnya menjawab saya, jadi saya sangat gembira mengenainya. Dia berkata, 'Terima kasih, dan semoga berjaya di Roland Garros'. Mungkin itulah sebabnya saya bermain dengan baik sekarang." - AFP

Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2023/05/1108167/mesej-murray-bantu-andreeva-lepasi-pusingan-pertama

Pages: [1]
View full version: Mesej Murray bantu Andreeva lepasi pusingan pertama


ADVERTISEMENT