CARI-MAL Publish time 29-5-2023 05:21 PM

Video Parodi Kapten Kamaruddin 'Bahan' Geng Perempuan Gedik Dengan ‘Pilot’ Korea Di LIMA23

Ramai teruja hadir ke Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA 2023) yang berlangsung pada 23 hingga 27 Mei lalu di Langkawi.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202305/29/171907q46sqllleb4c3lgj.jpgTikTok




Namun, agak menjengkelkan apabila melihat segelintir kaum hawa 'tergedik-gedik' tidak melepaskan peluang beramah mesra Pasukan Penerbangan Akrobatik Black Angle Korea yang menjadi tumpuan ramai.


Lebih hebat, pasukan berkenaan mempunyai sesi autograf bersama penonton yang hadir sekali gus mengundang pelbagai reaksi ramai.




7237481799939673345


Maklum dengan situasi itu, ada pihak menularkan video memaparkan seorang kapten dari Malaysia yang dikenali sebagai Kapten Kamaruddin menerima arahan dalam loghat utara.


Bagaimanapun, difahamkan audio itu bukanlah benar sebaliknya hanya parodi untuk menyindir golongan wanita ketika acara LIMA’23.


“Okay radio check, radio check. Kapten Kamaruddin dah boleh patah balik ke ruang udara airport. Masa untuk kumpulan kita beraksi pula.


“Dok kat team oppa ja, geng-geng perempuan dah gedik-gedik kat bawah tu bila tiba giliran kita tak ada siapa nak layan. Haa kita nak tunjuk kat mereka pula ni,” ujarnya.




7237515807717117185


Video parodi itu ternyata membuat netizen pecah perut.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202305/29/171927j2sgsgd11e62g9z2.jpg

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202305/29/171921u5h5mhca5905g508.jpg






Hang memang mantap Kapten Kamaruddin! - CARI

cikatilia Publish time 30-5-2023 10:09 AM

annoying gila video yg obses ke oppa..

KamikuP Publish time 30-5-2023 02:46 PM

mcm bodoe je yg obses kat oppa tu khunezz cuolls..

tootii Publish time 30-5-2023 03:19 PM

bagi aku, ensem ke tak ensem ker , bila ko pakai je uniform ko tu, auto ensem semua ok .. semangat masing2 lagi tambah ensem masing2 .. good job semua ..{:1_152:}

doubleharmonic Publish time 30-5-2023 03:35 PM

helok tak kapten kamarudin tu?

myakayina Publish time 30-5-2023 03:52 PM

cikatilia replied at 30-5-2023 10:09 AM
annoying gila video yg obses ke oppa..

kann? toksah la beriya tunjuk kegaritan dan kegedikan tu sangat..

Lagubestbest Publish time 30-5-2023 03:59 PM

cikatilia replied at 30-5-2023 10:09 AM
annoying gila video yg obses ke oppa..
"jual budaya" ni hanyalah sebahagian percaturan bisnes selepas zaman korea bankrupt dan dibuli IMF dulu.

mizruncing Publish time 30-5-2023 04:13 PM

skrg ni sapa kapt kamarudin tu? bak mai tunjuk muka sat.. tp mmg kelakar giler laa parodi tu

liyamariska Publish time 8-6-2023 03:47 AM

malu tgk pompuan melayu geletis dgn lelaki korea...

tri-max Publish time 8-6-2023 11:47 AM

la aku ingat betul
rupa parodi jah
cilaka

tp mengekek ketawa tgk video tu
macam real je
masuk kapten kamaruddin

mawardia Publish time 11-6-2023 11:58 AM

Bodoh kan. Itu lah yg terjadi kat LIMA haritu. Memalukan. Birah betul memasing.

mawardia Publish time 11-6-2023 11:58 AM

Dah lah mengeja pun tak reti!

otai_g Publish time 12-6-2023 11:25 AM

Fighter jet pilot punya career bkn kekal lama pun. Ko pernah tgk fighter pilot umo 40 tahun ke atas? Jrg kan..

heythere123 Publish time 18-6-2023 05:10 PM

tak hensem pon

chiyoasuka Publish time 28-7-2023 01:30 AM

hahahahhaahahah

DianaSaksen Publish time 28-7-2023 02:22 AM

Pakai uniform ko auto hensem
Walau muka macam keli dahan lori Bak kata kak dud
Pages: [1]
View full version: Video Parodi Kapten Kamaruddin 'Bahan' Geng Perempuan Gedik Dengan ‘Pilot’ Korea Di LIMA23


ADVERTISEMENT