tatod Publish time 29-5-2023 04:39 PM

'Im A Terible Mom'-Dr Malar Sayu Terpaksa Tinggalkan Anak Sakit Untuk Hadiri Majlis Penting

Menerusi perkongsian di Instagram, doktor dan pempengaruh, Dr Malar Santhi Santherasegapan, meluahkan rasa sedih apabila terpaksa meninggalkan anaknya yang sedang sakit di hospital untuk menghadiri satu majlis penting.


Ketika ditemuramah, dia seringkali ditanya bagaimana membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga, sehingga berjaya dinobatkan sebagai penerima anugerah Nona Health Influencer baru-baru ini.


Hakikatnya, dia mengakui sering gagal membahagikan masa dan tenaga antara karier serta keluarga.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202305/29/163404xigfuqgsgmhlduu4.png



“Setiap kali soalan ni ditanya, saya tak reti (tahu) cemana (macam mana) nak jawab. Sebab hakikatnya, saya tak pernah berjaya bahagikan atau balancekan kerjaya dan keluarga.


“Contohnya semalam saya dijemput oleh Perbadananan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk majlis kemuncak National Training Week atas kapasiti seorang influencer dan HRDF Certified Trainer. Bunyinya macam Dr Malar ni hebat sangat kan,” katanya.


Bagaimanapun, pada waktu yang sama dia terpaksa menyaksikan anak bongsu, Yushan Avighna, 6, dirawat di hospital dengan ditemani suaminya.


“Avigh dah 4 hari demam, dan Jumaat malam Sabtu tu, memang suhu dia tinggi tak turun turun. Nafas pun sedikit laju, tapi bukan tahap kecemasan.


“So pagi-pagi saya dah bincang dengan Hubby (suami) yang saya tak boleh skip event ni, lagipun dah keluar poster dengan nama dan gambar saya. Hubby tenangkan saya sambil berkata, "Its okay, you pergi attend event tu.Kita both parents, so tanggungiawab ni semua kita share, bukannya Papa tolong buat kerja Mommy,” katanya, sedih.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202305/29/163512bheg4ewjzhiriije.png



Dr Malar memberitahu, beliau sebagai seorang ibu tetap diruntun sayu dan dihantui rasa bersalah walaupun menyedari anaknya selamat di bawah jagaan pakar kanak-kanak.


“Yes, ketika saya berada di majlis gilang gemilang, dikerumuni followers untuk bergambar, anak saya sakit di hospital, dan sedang menerima rawatan.


“Im a terible Mom!! Adakah saya berjaya membahagikan masa dan tenaga di antara karier dan keluarga? TIDAK! Tiada seorang pun ibu mampu berbuat demikian, termasuk saya,” katanya.


Sebagai seorang ibu, Dr Malar berkata, beliau tidak terkecuali daripada terkejar-kejar untuk membahagikan masa antara keluarga, kerjaya, rutin harian, penjagaan ibu bapa dan pelbagai perkara yang menuntut perhatian.


https://www.instagram.com/p/Co_W0suBlpN/


“Jadi, kalau anda seorang ibu yang rasa bersalah kerana lebihkan masa untuk kareer sehingga terkurang masa dengan keluarga, kita sama!!


“Kita semua ibu yang terkejar kejar di antara keluarga, kerjaya, rutin harian, kesihatan diri, jaga parents dan macam-macam lagi dalam hidup ini yang memang tiada siapa boleh BALANCE kan, namun kita semua buat sekadar yang kita mampu, dan sebanyak yang kita mampu,” katanya.


Majoriti pengikut Dr Malar dilihat menzahirkan tanda sokongan, malah tidak kurang yang berkongsi pengalaman masing-masing.




Sumber: Getaran

AURAMAIRA Publish time 29-5-2023 09:15 PM

Ermm popular sgt ke doktor ni

faraway1 Publish time 29-5-2023 09:21 PM

So jangan pergi..

testly Publish time 29-5-2023 10:40 PM

Ermmm..hakikatnya rmai je mcm ni wlaupun bukan keja doktor. Terpaksa tinggal anak sensorg di wad spital wlau anak umur 9thn sakit kronik buah pinggang. Dia msh ada husband utk look after the kids kira ok le tu...

MisXoXo Publish time 30-5-2023 06:44 AM

Nyampah..sejak dia mencapub sama bergasak pasal kes benon dulu..aku meluatt..

Lentera Publish time 30-5-2023 09:55 AM

Mak2 yg bekerja mmg camtu laaaa

dagusengett Publish time 30-5-2023 01:10 PM

kalau tinggal anak sebab ada kerja no choice la
kalau sekadar meriahkan majlis boleh decline kot
unless you really wanna live up to your super influencer tittle tu hahaha
Pages: [1]
View full version: 'Im A Terible Mom'-Dr Malar Sayu Terpaksa Tinggalkan Anak Sakit Untuk Hadiri Majlis Penting


ADVERTISEMENT