CARI-MAL Publish time 29-5-2023 01:57 PM

Muka Yoo Ah In Takpuas Hati Dilempar Air Kopi Susulan Mahkamah Tolak Permohonan Reman

Keputusan Mahkamah Seoul menolak permohonan pihak polis untuk menahan reman Yoo Ah In susulan kes penyalahgunaan dadah sedang dihadapinya ketika ini menimbulkan kemarahan ramai.


Allkpop melaporkan seorang peminat bertindak agresif dengan membaling botol berisi air kopi ketika aktor berkenaan berjalan menuju ke arah keretanya sejurus prosiding selesai.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202305/29/135523rsw4au4ds8uxu41i.jpgAllkpop




Botol yang tidak mempunyai penutup itu terkena pada bahagian belakang aktor berusia 36 tahun terbabit, menyebabkan sut dipakai Ah In basah.


Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, Ah In dilihat tidak berpuas hati dengan tindakan peminat itu, namun terpaksa berlalu pergi selepas dikawal ketat pengawal peribadinya.




https://www.allkpop.com/upload/2023/05/content/250203/1684994633-2.gif
Allkpop




Tindakan tersebut tidak disenangi ramai kerana menganggap ia sebagai satu kekerasan, namun ada juga yang menyokong dengan keberanian pelaku.


Pada 5 Februari lalu Ah In ditahan di lapangan terbang atas tuduhan mengambil dadah.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202305/29/135523r7ze660fab09e644.jpgAllkpop





Hasil saringan air kencing dan ujian makmal dia didapati mengambil dadah jenis ganja, kokain, ketamin dan propofol sejak 2021.


Bagaimanapun, Ah In mengaku mengambil bahan terlarang itu bertujuan untuk perubatan kerana mengalami masalah untuk tidur.




Sumber: mStar

nazzse Publish time 29-5-2023 05:08 PM

Patutlah bila berlakon expression dia ni pelik..mcm in character but too over..sebab dadah rupanya

Suchi Publish time 31-5-2023 06:48 PM

Satu2 nya pelakon korea yg iols follow ig nya. Ekceli iols tak minat sgt layan kdrama tp penah tgk cite dia berlakon jung ok jung dulu pastu follow ig dia.
So kenal dia je laa, pelakon lain iols tak kenal sgt pun
Kecuali yg berlakon cite winter sonata ngn autumn in my heart sbb 2 drama ni je yg iols layan beria2 20 tahun lalu.

heythere123 Publish time 1-6-2023 05:00 PM

faham la jugak kalau dia nak marah tapi nak buat macam mana, marah dekat yang buang kopi tu pom tak guna

heythere123 Publish time 1-6-2023 05:00 PM

harapnya mahkamah ni telus la handle kes YAI, jangan tiba2 dapat lighter sentence pulak sebab heols orang berduit

KikiHadid Publish time 1-6-2023 07:04 PM

Iolls minat dia ni sejak 1st tgk dia berlakon dlm alive kt netflix..lps tu duk follow movie dia yg lain..mmg ad aura bad boy..syg mendadih plk ko bang..x silap ad kontroversi heolls gay jgk bila digugel
Pages: [1]
View full version: Muka Yoo Ah In Takpuas Hati Dilempar Air Kopi Susulan Mahkamah Tolak Permohonan Reman


ADVERTISEMENT