tatod Publish time 28-5-2023 10:04 AM

Raffi Ahmad Mahu Jual Jet Peribadi RM12 Juta

Selebriti terkenal Indonesia Raffi Ahmad dilaporkan bakal menjual jet peribadi yang dibelinya sekitar setahun lalu.


Raffi menerusi Instagram miliknya turut membuka harga bidaan pesawat berkenaan dengan harga AS$2.65 juta atau kira-kira RM12 juta bagi mereka yang berminat untuk membelinya.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202305/28/100255hf0pk2ekbffbcj8i.png



Dalam perkongsian tersebut, Raffi memberitahu jet peribadi jenis Hawker 400 itu berada dalam keadaan baik selain boleh memuatkan tujuh penumpang.


"Jet peribadi untuk dijual, Hawker 400. Keadaan baik dan boleh terus diterbangkan. Semua dalam keadaan baik. Kalau berminat boleh hubungi saya," katanya.


Dalam pada itu, menerusi ruang komen hantaran berkenaan, beberapa golongan selebriti dan usahawan ternama negara itu menunjukkan minat terhadap jet peribadi tersebut.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202305/28/100412zwci6bgwuiauyui2.jpg



Sebelum ini, Raffi dan isterinya iaitu Nagita Salvina dikatakan mempunyai jet peribadi secara rahsia namun ia dibongkarkan oleh aktor itu semasa berbual dengan Ruben Onsu.


Malah pasangan itu juga pernah menaiki pesawat berkenaan semasa menghadiri majlis perkahwinan anak Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi pada hujung tahun lalu.




Sumber: mStar

Buritan Publish time 28-5-2023 10:38 AM

Retis ndon lebih Kaye Dr retis mesia

Ahriman Publish time 28-5-2023 11:15 AM

Rakyat konoha ni kalau kaya,kaya benor..kalau miskin,miskin sngat..

hokeypokey Publish time 28-5-2023 02:00 PM

wow lagi kaya dari jahlop

helicornia Publish time 28-5-2023 03:35 PM

Retis indon klu kaya, kaya giler.ramai lg yg ada private jet syahrini, Sandra dewi, maia ex Ahmad dhani.artis Malaysia naik business class pun dh bragging abis

Ayda89 Publish time 28-5-2023 06:17 PM

Negara besar, rakyat ratus juta, followers n supporters toksah cakap memang la boleh senang kaya raya buat youtube je dah senang hidup compare to artis malaysia susah sikit nan cari makan

chiyoasuka Publish time 30-8-2023 10:06 AM

influencer dkt indo mmg kaya2…. followers juta2.. mcm prilly tu dia kata klu buat iklan 1x post dah nak puluh ribu bayaran… ni kn lg raffi yg followers 70juta.. anak lahir2 je dah buat duit..

Page88 Publish time 22-9-2023 06:14 PM

One must be a billionaire to own a private jet.
Pages: [1]
View full version: Raffi Ahmad Mahu Jual Jet Peribadi RM12 Juta


ADVERTISEMENT