CMFreporter Publish time 26-5-2023 07:54 AM

Peminat Blackpink mohon maaf, serang jurugambar gara-gara kapsyen foto Lisa




https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2023%2F05%2F25%2F2090517.jpg


TANPA usul periksa seorang jurugambar dikenali sebagai German Larkin dierang peminat kumpulan Blackpink apabila nama Jennie tertera pada foto Lisa yang disiarkan menerusi majalah Vogue.


Allkpop melaporkan peminat menyerang ruang komen Instagram German kerana tidak berpuas hati dengan kelalaiannya ketika membuat kapsyen foto berkenaan.


Gambar yang turut menampilkan V daripada kumpulan BTS itu dirakamkan ketika kedua-dua selebriti terkenal itu menghadiri Festival Filem Cannes 2023 yang diadakan di Paris.

Tidak berdiam diri dengan tuduhan tidak berasas itu, German menegaskan dia bukan individu yang bertanggungjawab menulis kapsyen gambar tersebut kerana itu bukan tugasnya.


https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2023/05/25/2090527.jpeg


"Kepada peminat Lisa dan Tae Hyung (V), saya tidak bekerja dengan majalah Vogue dan bukan saya yang menulis kapsyen pada foto berkenaan.


"Bukan tugas saya untuk menghantar teks atau butiran lengkap setiap foto yang diambil dan saya juga bukan penulis artikel. Sila berhenti mengecam saya.




"Padam semua komen negatif dan mohon maaf atau saya tidak akan kongsi sebarang foto mereka lagi," tulis German di Instastory miliknya.


Sementara itu, beberapa peminat fanatik Blackpink dilihat memohon maaf kepada German atas serangan melulu yang dilakukan terhadapnya.



"Kami peminat Lisa memohon maaf atas komen dan mesej yang anda terima. Hal ini merupakan kesilapan peminat dan harapnya hubungan kerja anda dan Lisa tidak terjejas.


https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2023/05/25/2090520.jpg


"Tolong maafkan peminat yang membuatkan anda tidak selesa. Mereka bertindak melulu, maafkan kami.


"Foto anda sangat cantik dan profesional. Tolong jangan berhenti bekerja dengan Lisa," tulis peminat.


Lisa dan V menghadiri sebuah acara makan malam jenama terkenal Celine sempena Festival Filem Cannes 2023 yang diadakan di Paris, Perancis.


Sumber : mStar



Cokoro Publish time 26-5-2023 09:06 PM

Halahh halahhh

hokeypokey Publish time 27-5-2023 04:31 PM

taksubnye lahaiii.. alih2 salah orang plak korg pegi kecam

wadiunong Publish time 29-5-2023 11:17 AM


peminat taksub di mana2. baik Malaysia maupon luar negara. apa yg peminat ni dapat ye jadi taksub mcm ni. macam kes Adam Levine pon sama. peminat marah2 sbb wife Adam masih berbaik dgn Adam lps kes dia flirting dulu. eeh fanatik ko sapa nak tentukan life retis2?
Pages: [1]
View full version: Peminat Blackpink mohon maaf, serang jurugambar gara-gara kapsyen foto Lisa


ADVERTISEMENT