CARI-MAL Publish time 25-5-2023 05:34 PM

Berdebar Acara Kemuncak Tiba-Tiba Ada Makcik Cakap 'Nak Masuk Pun Tak Boleh', Nasib Baik Bakal Mentua...

Seorang gadis gugup ketika disarung cincin pada hari pertunangannya 24 April lalu.


“Saya dan tunang PJJ (percintaan jarak jauh) sebelum ni jadi kami tak ada cari cincin sama-sama. Tunang saya pergi beli dengan mama dia. Cincin tu pun dia buat custom made ikut corak cincin mama dia dulu.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202305/25/173240evdj2tqu4jyquqi4.jpgNurfarhana bersama bakal mentua




“Cincin tu sebenarnya tak ketat pun. Sesi nak sarung cincin tu tak lama cuma lambat sikit sebab ada jurugambar nak ambil gambar momen tu.


“Cuma ni pertama kali jumpa mak mentua secara depan-depan jadi mungkin dua-dua gugup sebab tu agak janggal sikit rasa,” ujarnya ketika dihubungi mStar.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202305/25/173239j2j2plxmh22lujwh.jpgIG




Nurfarhana, 24, bagaimanapun berkata momen manis dan ditunggu-tunggu tetamu ini seolah-olah terbantut apabila seseorang yang tidak begitu dikenalinya berkata sesuatu.


Mujurlah keadaan itu pantas 'diselamatkan' ibu tunangnya, Danial.


Terharu melihat respons tenang dan bersahaja wanita itu membuatkan Nurfarhana berasa lega memikirkan masa depannya kelak dan percaya dia dikurniakan rezeki mendapat ibu mentua yang baik.




7236099440392572162


“Saya tak fokus sangat apa orang sekeliling cakap sebab tengah gugup nak sarung cincin. Kebetulan masa sarung cincin tu suasana senyap sebab semua beri perhatian dekat saya.


“Tiba-tiba terkeluar suara seorang makcik cakap 'nak masuk pun tak boleh'. Itu yang terus terkeluar perkataan 'boleh' daripada bakal mak mentua saya. Dia beritahu tetamu cincin tu boleh disarung.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202305/25/173239qucpqno54joo8842.jpgIG




“Nada makcik tu kalau dengar memang tak bestlah. Ada ketawa kecil di hujung ayat. Tapi tak boleh nak terjemahkan sama ada dia cakap macam tu sebagai gurauan atau sengaja nak memeriahkan suasana,” katanya lagi.


Menurut Farhana yang mengadakan majlis di rumahnya di Johor Bahru, Johor, dia sejujurnya tidak mengambil hati dengan kata-kata individu tersebut.


Sebaliknya dia lebih memikirkan tentang ibu mentuanya yang datang jauh dari Temerloh, Pahang yang dilihat begitu baik.


“Saya pun tak sedih masa tu. Rasa gugup mengatasi segalanya. Cuma agak peliklah kenapa pula makcik ni nak cakap macam tu tiba-tiba. Mungkin tak sengaja terkeluar perkataan tu, dia pun tak fikir dulu sampai terlepas cakap.


“Apa-apa pun saya lega bakal mentua ibarat ‘back-up’ saya sebab cincin tu memang muat masa sarung,” ujarnya lagi.


Setakat ini hantaran tersebut meraih lebih 560,000 tontonan setelah dikongsi oleh Farhana.


Rata-rata turut bersimpati dan meluahkan rasa kasihan terhadap dirinya malah ada yang pernah melalui situasi sama sebelum ini.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202305/25/173240otol878tqgahq7wy.jpgNurfarhana dengan ibunya




“Walaupun pertama kali jumpa keluarga tunang tapi saya agak lega sebab mesra macam dah banyak kali jumpa.


“Lepas video saya viral kat TikTok, ramai boleh kaitkan dengan situasi saya. Rupanya ramai je yang kena. Jadi tak kiralah siapa pun tua ke muda, berstatus makcik, kakak atau adik apa yang kita lontarkan tu tak boleh diundur.


“Tak kiralah dalam apa situasi pun, hati-hati bila berkata-kata,” kata Farhana lagi.




Sumber: mStar

Miss_LoveLeen Publish time 25-5-2023 11:15 PM

Mudanya mak dek Farhana dalam gambar last. Macam kakak dgn adik

CatMiow Publish time 26-5-2023 02:31 AM

Miss_LoveLeen replied at 25-5-2023 11:15 PM
Mudanya mak dek Farhana dalam gambar last. Macam kakak dgn adik

Kawin muda kot, anak pun baru 24, kalau kawin 20,+24= 44.

hokeypokey Publish time 26-5-2023 06:16 AM

apa mak lagi cantik dan kurus dari anak??? yg bakal mak mentua pun lagi kecik dr bakal menantu tu..

felinecat Publish time 26-5-2023 06:31 AM

Confuse mak die lg lawa pulak

kucingitam Publish time 26-5-2023 12:20 PM

mesti akcik tu body shaming kau dik...kalau dah kata bunyi tak sedap tu..

ctkusiam Publish time 26-5-2023 12:33 PM

Diet lah dik ooi.. dah nk kahwin pun.. apo mak nmpk muda mcm hakak ko je. "Nak masuk pun tak boleh".. makcik tu perli pun ko tak faham..opss hahaha;P

hasniey Publish time 26-5-2023 01:53 PM

Tgok tgn tunang pon sama size je.mmg kapel saiz besar la kot.kes mcmni yg kena body shaming mesti prempuan je.yg lelaki elok2 je org puji

kucing_gebu Publish time 28-5-2023 09:03 PM

Cantiknya mak dia

jazaa100 Publish time 29-5-2023 07:45 AM

Chubby nya ko dek....
Tak reti² nk tahan nafsu mkn.....bila gomok ni, umor 24 dah serupa 44 dah....

che-cikL Publish time 29-5-2023 11:37 AM

Gambar dgn mak tu, macam mak tu Adik dia pulak.

IzzahF Publish time 30-5-2023 09:23 AM

dah kenapa mak nurfarhana tu nampak lg muda dari anaknya?

rosa_canina Publish time 30-5-2023 11:19 AM

ampunkn acik tp mmg mcm kakak & adik..

Yoonggi Publish time 31-5-2023 11:30 AM

makcik tu punn, agak2 la nk komen dlm majlis org tu. nk sgt ckp pun, slow la sikit. sbb tu org kata, if u have nothing nice to say, then don't

chiyoasuka Publish time 28-7-2023 01:41 AM

awet muda mak dia
Pages: [1]
View full version: Berdebar Acara Kemuncak Tiba-Tiba Ada Makcik Cakap 'Nak Masuk Pun Tak Boleh', Nasib Baik Bakal Mentua...


ADVERTISEMENT