rizalman82 Publish time 13-12-2010 10:39 AM

Almarhum Sultan Sir Ibrahim pemburu terhandal dunia

Ramai yang tidak mengetahui kehandalan Almarhum Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur berburu. Nama baginda kerap disebut di merata dunia dalam hal perburuan. Kesukaan baginda adalah memburu binatang buas yang mencabar seperti harimau dan singa. Baginda lebih suka memburu haiwan yang telah membunuh manusia, baginda kurang berminat untuk membunuh haiwan yang tidak membunuh manusia.

Keberanian baginda memburu diakui ramai pemburu-pemburu handal dari serata dunia sekitar tahun 1890an iaitu ketika baginda masih begitu muda. Apa yang diakui berani dan handal adalah baginda kerap memburu dengan hanya berjalan kaki tanpa kenderaan atau jarang berburu di atas kenderaan seperti kereta atau gajah. Baginda juga merupakan pemburu yang kerap disebut namanya dan kerap menerima menghadap kehadiran pemburu handal dari luar negara.

Salah seorang pemburu rekod terbaik bernama Frank Burke dan pengumpul haiwan eksotik yang terkenal di Amerika tahun 1930an telah datang menghadap baginda di Johor Bahru untuk berguru dengan baginda. Keitka berburu bersama, baginda pernah menyelamatkan Frank Burke dari diterkam harimau ketika mereka berburu di Kota Tinggi. Baginda hanya memburu haiwan buas yang mendatangkan masalah kepada penduduk, seperti contoh harimau memakan orang kampung. Baginda tidak berminat untuk memburu sesuka hati tanpa sebab yang baik.

Dalam satu artikel keratan akhbar "Clinton Morning Post" mengatakan, sekitar akhir 1890, ada seorang pemburu handal dari british india bernama George Pauling hendak beradu "skill" berburu dengan baginda. Semasa waktu berburu di Johor Bahru, George Pauling hanya duduk berburu di dalam kereta kuda tetapi baginda pula turun dan berjalan kaki menjalakan aktiviti pemburuan.. membuatkan G.P begitu kagum dengan kebolehan dan keberanian baginda. Johor Bahru ketika itu terdapat banyak haiwan buas terutamanya harimau. Sekitar kebun teh dan sentosa sahaja sudah terdapat banyak spesis tersebut hingga sesekali merisaukan penduduk kampung kerana sering juga terdapat kes penduduk terserempak dan terbunuh ketika menoreh getak dan bekerja kampung. Baginda lah yang sering turun padang menziarahi keluarga mangsa dan memburunya sendiri haiwan buas yang telah membunuh itu.

Kita pernah tergempar dengan kes harimau kumbang peliharaan Zoo Johor terlepas dari kandangnya dan merayau-rayau di sekitar Johor Bahru. Selepas berfikir, baginda Almarhum Sultan Iskandar menititahkan supaya ditembak harimau kumbang tersebut kerana dalam keadaan yang menakutkan begitu sebelum harimau tersebut mengorbankan rakyat baginda maka dititahkan baginda untuk memburu dan membunuh haiwan tersebut. Titah baginda disampaikan ke pihak Perhilitan.

Kerana kehebatan dan kebolehan hebat baginda Sultan Johor dalam ilmu perburuan, sekitar tahun 1930an terdapat rancangan TV bersiri Bring'Em Back Alive terbitan Amerika megisahkan kisah benar seorang pemburu terkenal lagenda Amerika bernama Frank Burke dan Sultan Ibrahim dan mendapat rating tinggi ketika itu. Watak H.H His Royal Highness, the Sultan of Johore dilakonkan oleh Ron O'neal kelihatan segak dan menggayakan cara baginda dengan character yang elegant.

Sesuatu yang boleh kita banggakan...

natashism Publish time 13-12-2010 12:04 PM

Datanglah ke Istana besar untuk melihat sendiri harimau, gajah
buaya dan badak sumbu hasil perburuan Almarhom. Besarnya
harimau sampai 7 kaki dan tingginya hampir 5 kaki. Semuanya
sudah diawet seperti waktu hidupnya!

cmf_almondpecan Publish time 13-12-2010 12:51 PM

Kerana kehebatan dan kebolehan hebat baginda Sultan Johor dalam ilmu perburuan, sekitar tahun 1930an terdapat rancangan TV bersiri Bring'Em Back Alive terbitan Amerika megisahkan kisah benar seorang pemburu terkenal lagenda Amerika bernama Frank Burke dan Sultan Ibrahim dan mendapat rating tinggi ketika itu. Watak H.H His Royal Highness, the Sultan of Johore dilakonkan oleh Ron O'neal kelihatan segak dan menggayakan cara baginda dengan character yang elegant.
rizalman82 Post at 13-12-2010 10:39 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


Siri ini sebenarnya diterbitkan pada tahun2 1980-an tapi mengisahkan cerita zaman 1930-an dan bukannya ditayangkan pada tahun 1930-an. http://www.imdb.com/title/tt0083391/

unekspekted_III Publish time 13-12-2010 01:56 PM

Reply 1# rizalman82

agak2 laaa.. nak rembat thread aku tuu kasi laa kedet

ss8384 Publish time 17-10-2012 12:21 AM

Ok bru tau psl nie tq

iluma Publish time 23-11-2012 04:49 PM

cmf_almondpecan posted on 13-12-2010 12:51 PM static/image/common/back.gif
Siri ini sebenarnya diterbitkan pada tahun2 1980-an tapi mengisahkan cerita zaman 1930-an dan...

wow menarik
blehla aku cri kot bleh muat menurun

Pages: [1]
View full version: Almarhum Sultan Sir Ibrahim pemburu terhandal dunia


ADVERTISEMENT