rizalman82 Publish time 13-12-2010 10:31 AM

Sejarah - Wanita Inggeris Pertama Menjadi Sultanah

Post Last Edit by cmf_yipun78 at 8-4-2011 08:35

Nama asalnya Helen Bartholomew, dilahirkan pada 21 Disember 1889. Beliau telah memeluk agama Islam setelah berkahwin dengan Sultan Ibrahim di Johor Bahru, dalam tahun 1930, dan menukar namanya kepada Helen binti Abdullah.

Pada 18hb November 1931, beliau secara rasminya telah ditabalkan sebagai Permaisuri Johor dengan memakai Sultanah Helen. Sultanah Helen merupakan Permaisuri ketiga kepada Sultan Ibrahim dan menjadi wanita barat pertama ditabalkan menjadi Sultanah.

Sultanah Helen Ibrahim (nama asal, Helen Bartholomew) adalah isteri ketiga Sultan Sir Ibrahim Iskandar Al-Masyhur ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar, sultan kedua bagi Johor moden. Baginda merupakan salah seorang yang terkaya di dunia ketika itu. Helen Bartholomew dilahirkan di Glasgow, Scotland. Suami pertama beliau, William Wilson (dilahirkan di Malaya) merupakan doktor peribadi kepada Sultan Ibrahim. Setelah William meninggal dunia, Helen pulang semula ke Britain.

Sultan Ibrahim sangat pemurah. Baginda pernah menghadiahkan sepasang Malay tigers kepada Edinburgh Zoo dan memberikan hadiah berupa wang tunai yang banyak ketika King George V menyambut perayaan Jubli. Bila Sultan Ibrahim menghantar dua orang anakanda baginda untuk belajar di Britain, baginda meminta jasabaik Helen untuk sama-sama 'mengawasi' mereka. Baginda sering juga melawat mereka dan perhubungan baginda dengan Helen semakin mesra. Mereka berkahwin di Masjid Surrey pada 1930.

Semenjak itu, Helan memakai gelaran Her Highness Sultanah Helen Ibrahim. Sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan mereka yang kelima, wajah Sultan Ibrahim dan Sultanah Helen diabadikan di atas stem kenang-kenangan. Perkahwinan itu berakhir dalam keadaan baik setelah berlangsung selama 10 tahun. Malah sultan ada menghadiahkan permata zamrud pada hari lahirnya dan berlian pada ulangtahun perkahwinan mereka. Dikatakan bahawa koleksi barang kemas Sultanah Helen adalah yang terbaik di dunia.

Helen kembali ke Scotland dan tinggal di Cambuslang sebelum berpindah ke London. Sekitar 1960an, dia dilihat turun dari sebuah Rolls Royce di Sauchiehall Street. Selepas itu tiada sesiapa tahu apa yang telah berlaku kepadanya. Namun pada tahun 1980an, sebuah akhbar di Glasgow cuba menyelongkar kembali kisah hidupnya. Walaupun begitu, tidak banyak yang diketahui kecuali penemuan beberapa buah foto sewaktu dia masih bekerja di Glasgow dan ketika dia menjadi Sultanah Johor. Penyelidikan selanjutnya mendapati bahawa dia meninggal dunia pada 13 Ogos 1977 ketika berusia 88 tahun di sebuah rumah jagaan (nursing home) di Surrey.

abeb911 Publish time 13-12-2010 09:40 PM

Helen ni masa jadi sultanah duduk johor or stay kat UK?

januarybaby Publish time 14-12-2010 09:06 AM

ader gambo tak?

natashism Publish time 14-12-2010 09:14 AM

Lady Helen ni kata atok akula, yang dengo cedta dari atoknya,
diceraikan sebab terlalu sosial. Almarhom Sultan Ibrahimkan
suka memburu. Biasanya he went safari berbulan-bulan. Lady
Helen tinggal besosial gila dengan British administrators di S'por.
Bila Almarhom dapat tahu, geramnya baginda, According to my
great-great-great grandpa, Almarhom sangat marah lalu ditampar
atau tumbuknya seekor kuda. Kesian kuda tu, mati terus.........:L

juecy Publish time 14-12-2010 09:25 AM

itu sejarah silam....klu buruk, tutup je lah.
Lady pun dah bercucu-cicit.

Kita semua ada sejarah pahit mau pun manis.....hanya kita yg tahu.
Org lain hanya menokok tambah....Lady ni kan mak tgku Azizah, klu dia baca pasti dia pun marah & berkecil hati........ bila org kata mengata mak kita, of course kita pasti terasa.

yayaji Publish time 14-12-2010 09:55 AM

itu sejarah silam....klu buruk, tutup je lah.
Lady pun dah bercucu-cicit.

Kita semua ada sejara ...
juecy Post at 14-12-2010 09:25 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    erk ? mak tg azizah ? bila masa plak ? check your facts dear...

lana~yana~ Publish time 14-12-2010 10:05 AM

itu sejarah silam....klu buruk, tutup je lah.
Lady pun dah bercucu-cicit.

Kita semua ada sejara ...
juecy Post at 14-12-2010 09:25 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    bukan mak tg azizah la....................

natashism Publish time 14-12-2010 10:30 AM

Post Last Edit by natashism at 13-12-2010 16:36

Lady Helen bukan Hajah Kalsom isteri Almarhom Sultan Iskandar,
bonda Sultan Ibrahim Ismail. Lady Helen is wife to ALMARHOM Sultan Ibrahim
ibni Almarhom Sultan Abu Bakar, moyang Sultan Ibrahim Ismail sekarang.
ALMARHOM SULTAN IBRAHIM mempunyai ramai bekas permaisuri. Antaranya,
Lady Helen tapi perkahwinannya dengan Lady Helen tiada menghasilkan zuriat.
Lepas Lady Helen, ALMARHOM Sultan Ibrahim berkahwin pula dengan Lady
Mersila sehingga ke akhir hayat baginda. Hasil perkahwinan ini seorang anak
perempuan bernama Tengku Mariam. Tengku Mariam menetap di UK sampai
sekarang. Tak tahu dia masih ada ke tidak. Kalau ada, usianya sekarang
mungkin dah hampir 60 tahun. Tengku Mariam jadi datuk saudara kepada
baginda Sultan Ibrahim Ismail sekarang. Harap maklum. Tq

Projek_Luar Publish time 14-12-2010 11:01 AM

doakan kesejahteraan beliau di dunia dan akhirat

lib_d_Taiping Publish time 15-12-2010 02:38 PM

benarkah tengku mariam tu....buat umah dia macam tembok besar negeri china......

enot2009 Publish time 18-12-2010 07:51 PM

Reply 6# yayaji

Mak dia yg nama YM Kalsom

cmf_yipun78 Publish time 19-12-2010 02:27 PM

alahai.... kekadang nak menyampuk tapi fakta pon x betul :doh3:

mclaren Publish time 19-12-2010 07:19 PM

Sultan Ibrahim sangat pemurah. Baginda pernah menghadiahkan sepasang Malay tigers kepada Edinburgh Zoo dan memberikan hadiah berupa wang tunai yang banyak ketika King George V menyambut perayaan Jubli..
rizalman82 Post at 13-12-2010 10:31 http://eforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


ingatkan dia pemurah sebab share segala harta kekayaan dia dgn seluruh rakyat jelata terutamanya yg miskin.. mi casa su casa he hehe... rupanya lagi bagi duit yg banyak kat org yg dah sedia kaya.... just kidding...:P

putrisakura Publish time 19-12-2010 11:21 PM

baru la urban n jiwa modern bile share harta dgn org2 kaya..nampak cool...:loveliness: ape kelas share dgn org miskin..

fizamn Publish time 21-12-2010 09:25 AM

Sultan johor dedulu mmg aku yakin kaya raya la..koz dedulu mebe sebab negeri johor aje ada askar negeri yg paling ramai kowt....

natashism Publish time 21-12-2010 09:59 AM

ingatkan dia pemurah sebab share segala harta kekayaan dia dgn seluruh rakyat jelata terutaman ...
mclaren Post at 19-12-2010 01:19 http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif


    Dia beri rakyatnya tanah, pendidikan yang bagus menjadikan rakyat
    Johor modern dan berfikiran terbuka dan sistem pentadbiran yang
    mantap. Takkan nak bagi rakyatnya rimau........;P

yayazz Publish time 21-12-2010 10:13 PM

Waa...ini info baru bagi saya :)

esot70 Publish time 22-12-2010 10:11 AM

erk ? mak tg azizah ? bila masa plak ? check your facts dear...
yayaji Post at 14-12-2010 09:55 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


    betul tu..lady born tahun 18+ something..kalau nenek percayalah aku :))

sheisfath Publish time 16-3-2011 08:30 PM

oh jadi sultanah helen ni yg wanita barat pertama jadi sultanah la? habis yg hjh kalsom tu? pastu lisa ex wife sultan selangor?

oni313 Publish time 17-3-2011 03:05 AM

oh jadi sultanah helen ni yg wanita barat pertama jadi sultanah la? habis yg hjh kalsom tu? pastu li ...
sheisfath Post at 16-3-2011 20:30 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

hjh kalsom aka josephine trevorrow tak sempat jadi sultanah, pas kena divorce, almarhum sultan iskandar menikah ngan sultanah zanariah, cik puan nur lisa lak tak merasa jd permaisuri selangor,diceraikan klau tak silap taun 97 kot, just dia jadi mak kpd pewaris takhta selangor, tengku amir shah
Pages: [1] 2 3
View full version: Sejarah - Wanita Inggeris Pertama Menjadi Sultanah


ADVERTISEMENT