CARI-HBZ Publish time 23-5-2023 08:08 AM

Pengunjung galeri jumpa logo Nike pada lukisan berusia 400 tahun


https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/05/logo-nike.webp


LONDON – Pelawat yang mengunjungi sebuah galeri seni di London, Britain mengesan logo jenama kasut terkenal, Nike pada sekeping lukisan berusia 400 tahun, lapor akhbar Metro UK semalam.


‘Potret Frederick Sluysken’ itu dilukis oleh artis seni Belanda, Ferdinand Bol pada abad ke-17.


Lukisan budak lelaki yang didakwa memakai kasut Nike itu adalah mustahil memandangkan jenama tersebut hanya diasaskan pada 1963.


Logo pada kasut itu dikesan oleh Fiona Foskett, 57, ketika melawat Galeri Nasional bersama anak perempuannya, Holly yang berusia 23 tahun.


“Saya berkata kepada anak perempuan saya, ‘sekejap, adakah dia memakai sepasang kasut Nike?


“Melihat pada usia lukisan ini, dia pasti telah mendapatkan sepasang kasut Nike paling awal pernah dihasilkan. Atau adakah dia seorang pengembara masa?” kata Foskett.


Malangnya, lukisan itu tidak lagi dipamerkan di Galeri Nasional.


Jurucakap galeri itu sebelum ini berkata: “Kami gembira lukisan ini mendapat perhatian pelawat kami.


“Ia mencuri tumpuan apabila kami mengalihkan satu ciapan Twitter yang meminta orang ramai melihat ciri-ciri moden pada kasut budak lelaki berusia lapan tahun dalam potret itu.


“‘Potret Frederick Sluysken’ yang menggambarkan anak seorang peniaga wain digelar sebagai ‘salah satu potret terbaik kayra Bol’ oleh galeri ini,” katanya. – Agensi

Yoonggi Publish time 31-5-2023 10:55 AM

br baca sat td yg gmbr dlm lukisan abad ke-19, org pegang henpon lak

Tinot7 Publish time 2-6-2023 10:14 PM

Yoonggi replied at 31-5-2023 10:55 AM
br baca sat td yg gmbr dlm lukisan abad ke-19, org pegang henpon lak

Hat tu bkn hendpon.. ntah2 hat laki bg kat pompan tu sekadar buku bible..

Hat gambaq lagi kuno tu, ntah2 plat batu yg bertulis.. takde maknanya nak berhenpon bagai..

tompie Publish time 23-6-2023 03:50 PM

Nike la sangat..

HuoJingJue Publish time 27-6-2023 12:23 PM

Yoonggi replied at 31-5-2023 10:55 AM
br baca sat td yg gmbr dlm lukisan abad ke-19, org pegang henpon lak

ada line ke time tu?
Pages: [1]
View full version: Pengunjung galeri jumpa logo Nike pada lukisan berusia 400 tahun


ADVERTISEMENT