tatod Publish time 22-5-2023 08:58 PM

“Orang Susah Banyak Masalah!” - Pengurus F&B ‘Reject’ Calon Pekerja Daripada Keluarga Miskin, Tak Sanggup Pikul Beban

Menerusi satu ciapan tular di Twitter, wanita itu yang bekerja di sebuah rangkaian jenama piza terkenal menceritakan bagaimana penyelianya meneliti latar belakang calon pekerja baharu.


"Waktu aku kerja di situ dulu, manager aku selalu tanya extra soalan apabila nak ambil pekerja sambilan. Keluarga okay ke? Mak ayah bercerai? Tinggal dengan siapa?


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202305/22/205658t00wxu0wwrn0oswf.png



"Aku macam triggered sikit dengar soalan macam tu. Apabila aku tanya, dia beritahu dia tak suka ambil orang susah. Dia cakap mereka ni banyak masalah.


"Keluarga tak tentu hala, ibu bapa dah tak ada, jadi kena tinggal dengan nenek. Nenek pula selalu sakit, kena minta cuti. Atau duduk dengan keluarga makcik, pakcik pula pemabuk, selalu gaduh-gaduh.


"Pakcik ambil motosikal sampai tak balik, akhirnya tak boleh pergi kerja sebab tak ada transport. Tengah kerja, ahli keluarga datang minta duit, kalau tak layan, bising-bising sampai bergaduh dan bertekak," katanya.


Menurut wanita tersebut, kemiskinan adalah satu bebanan tambahan yang menyebabkan seseorang itu sukar untuk menggapai kejayaan.


"Memang nampak depan mata. Kemiskinan ni menjejaskan orang sekeliling. Mereka yang dah sedia susah, makin bertambah susah.


"Kalau orang miskin seperti ini nak berjaya, dia harus dikeluarkan dahulu daripada environment dia. Sebab tu budak pandai masuk asrama.


"Apabila aku dah sembang dengan manager tu baru aku faham dan sedar masalah ni. Kalau yang tengok dari luar akan judge manager tu macam-macam hal, tapi ia betul.


"Bukan senang nak keluar daripada kepompong kemiskinan ni, ia akan tarik kita ke bawah dan kita susah nak maju ke hadapan," ujarnya.


Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya berkongsi perspektif mereka mengenai hal ini.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202305/22/205713gg0ffry0071lvuv8.jpg








Sumber: mStar

matbad Publish time 22-5-2023 09:21 PM

yaa sgt setuju..benda betul sgt2..jd ja kat sekeliling..

Purplehaz Publish time 22-5-2023 10:43 PM

Bukan pasal keluarga miskin, itu more kepada keluarga yg bermasalah.

Purplehaz Publish time 22-5-2023 10:50 PM

Kenalan I, mase satu intvw kerja dgn Majlis...dia ditanya diteliti latarblkng parents..tinggal di mana, ada recommended by Ahli.. and dpt dh kerja tu.

PULANGKAN Publish time 22-5-2023 11:33 PM

adik laki Iols pernah cerita lepas dia interview keje kilang beberapa tahun lepas

HR tu tanya, family camane, ok tak apa semua
waktu tu mak kami belum operate, adik jawab lebih kurang, "Alhamdulillah semua sihat. Mak je tak boleh nampak jelas. Tengah tunggu hospital bagitau tarikh nak operation."

terus staff HR tu, "Thank you, but we don't want problematic staff."
pastu diorang tunjuk pintu keluar. adik2 aku tercengang la, dia cakap, "Kakak saya ada, tak apa."
pastu sorang lagi staff HR bangun, bukak pintu sambil tersenyum., "Tak apa, terima kasih."

balik rumah heols nangis, fail interview lagi:'( ;P
Iols nak gelak, tapi pujuk jugak lah

Suchi Publish time 23-5-2023 06:06 AM

Edited by Suchi at 23-5-2023 06:07 AM

Teringat dulu sorang staff lelaki ni selalu kena marah ngn bos(pompuan) sbb dia kerap dtg lewat, or tak datang.
Masalah : motor rosak, anak tak sihat.

Jd kalau pakai motor baru mesti jarang ada problem, tp bab anak tu susah nk ckpla.
Mmg ada org yg anak dia tiap bulan jatuh sakit cth mcm adik ipad iols sampai negatif cuti walau baru masuk bulan 2.
Sbb anak dia asal demam masuk wad, pastu mcm setiap bulan demam.
Dia kata anak dia tak penah nyusu badan jd tak merasa kolestrum tu so dia ckp tu yg mudah jatuh sakit . Ntahla ada kaitan ke tidak, nak wat cemana tahun pertama anak ni mmg mencabar sikit.Tunggu dah setahun ke atas insyaAllah lama2 tak susah sgt dah.

Suchi Publish time 23-5-2023 06:11 AM

PULANGKAN replied at 22-5-2023 11:33 PM
adik laki Iols pernah cerita lepas dia interview keje kilang beberapa tahun lepas

HR tu tanya, fami ...

Maybe bos pikir kang mula la nak bergilir2 jaga mak tu nnt kat hospital.
Biasa baru masuk keje takleh amik cuti lagi tp kang jd gaduh adik badik bila salah sorang tak dapat nk bg komitmen.
Kalau dpt adik badik tak berkira dan memahami oklaa.

copy_paste Publish time 23-5-2023 08:44 AM

ye betul la tu,sbb tu kebanyakan asal dari keluarga miskin susah nk ubah kalau xde usaha,lagi2 jenis yg suka menadah je lagi la xkan kemana,
bermalas asik bg alasan je

prettyuglybabe Publish time 23-5-2023 12:06 PM

walaupun i kesian dengan stereotype macam ni, tapi ianya memang berlaku..
zaman semuanya ada ni, i tak rasa patut wujud lagi orang miskin..
peluang kerja berlambak sampai kena amik warga asing untuk cover..
pada i, mereka yang miskin di zaman ni adalah mereka yang malas..
and i tau memang ada yang dah berusaha tapi masih miskin..
itu memang bukan salah mereka cuma rezeki tak memihak..
tapi yang rajin tapi miskin ni, i tengok tak sampai 10% dari total orang miskin..
plus yang rezeki tak memihak ni, biasanya family mereka bahagia..
tak ada rezeki duit tapi rezeki dapat pasangan dan anak-anak yang baik..

CardiGans85 Publish time 23-5-2023 12:46 PM

Purplehaz replied at 22-5-2023 10:43 PM
Bukan pasal keluarga miskin, itu more kepada keluarga yg bermasalah.

Yezza..ni aku setuju

doubleharmonic Publish time 23-5-2023 01:40 PM

Suchi replied at 23-5-2023 06:06 AM
Teringat dulu sorang staff lelaki ni selalu kena marah ngn bos(pompuan) sbb dia kerap dtg lewat, or...

adik ipad pon bolehhh

mawardia Publish time 23-5-2023 05:43 PM

Bosses do not like staff with problems. Kat tempat kerja I ada sorang kakak ni anak dia selalu sakit, bosses tak suka. Diaorg ckp, "anak u sakit, bukan masalah kami. Nak kerja, buat cara nak kerja. Kalau nak jaga anak, berhenti. We pay u for ur services, so do works for us." Gitu lah. Ada pulak kawan I beruntung, anak kerap sakit, boss dia kasi WFH sampai anak sihat. I dah nengok both situations. Benda ni biasa dah esp kerja swasta.

Mamason Publish time 24-5-2023 10:56 AM

Ada beza Miskin tapi rajin.. Miskin package malas.

glump Publish time 25-5-2023 03:56 PM

Sebagai boss ke sebagai human..Kita Tak suka masalah orang jadi masalah Kita .
Pernah ada pekerja,dia rajin ..anytime boleh kerja ..boss kecik suka. Sekali 1 hari boss besar cakp ..boleh Tak cari penggantipekerja tu sebab dia bodoh. .boss kecik kat oklah ..dia bagi full komitmen.rupanya boss besar tau yg boss kecik selalu back up pekerja tu. Pekerja tu komitment family banyak n Tak tau nak manaje ..duit Tak tau manage ,sewa rumah pun mintak company bayar . .. akhirnya boss kecik akur ,terminate perkerja tu sebab menganggu keharmonian pekerja lain bekerja ..sapa nak layan hal keluarga dia

chiyoasuka Publish time 28-7-2023 01:45 AM

tmpt ak krja dulu ada la 1 org ni stiap minggu dtg lambat.. alasan urus anak.. menyirap darah bos tu. hahahahah
Pages: [1]
View full version: “Orang Susah Banyak Masalah!” - Pengurus F&B ‘Reject’ Calon Pekerja Daripada Keluarga Miskin, Tak Sanggup Pikul Beban


ADVERTISEMENT