CARI-MAL Publish time 22-5-2023 03:18 PM

Kembang Tekak Tengok Pelakon Taiwan Goreng, Makan Uri Isteri Untuk Pulihkan Badan Lepas Bersalin

Kembang tekak melihat video dikongsikan pelakon Taiwan menggoreng plasenta atau uri isterinya untuk dimakan selepas wanita itu melahirkan anak mereka.


Mothership memetik Benjamin Wong berkata, melahirkan anak adalah proses sukar dan cara terbaik untuk memulihkan badan adalah dengan memakan plasenta.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202305/22/151436b0ampc0map7h0kzc.jpgMothership




Dalam video itu, dia menunjukkan kemahiran memasak dengan mendokumentasikan cara dia menggoreng plasenta isterinya dimulakan dengan mencuci organ itu.


Dia kemudian memotongnya menjadi kepingan sebelum dimasukkan ke dalam air mendidih. Dia merebus semula kepingan plasenta selepas menukar air.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202305/22/151437xuspjvj85jc5ngcw.pngMothership




Benjamin kemudian menyediakan sayur-sayuran untuk digoreng bersama plasenta.


Setelah siap dimasak, dia memberi isterinya sekeping plasenta goreng sebelum memakannya.


Apabila menggigit plasenta itu, Benjamin mendapati ia ‘sedap’, manakala isterinya berpendapat ia ‘hanyir’.




202305up_168473971826
IG


Isteri Benjamin mencubanya buat kali kedua dan menganggapnya ‘agak sedap dan rangup’.




Sumber: Kosmo

primarikey Publish time 22-5-2023 03:36 PM

Dah serupa kucing

Thunderclouds Publish time 22-5-2023 03:44 PM

Kim k wat placenta encapsulation patu dia mkn.
Macik ni tadak modal so dia stir fry ja.
But tadak scientific evidence lg mkn placenta sendri ada benefits.

ketambangkang Publish time 22-5-2023 03:51 PM

tgk vid tu perut aku plak rasa ngilu x pasal2

cattiecute Publish time 22-5-2023 04:43 PM

melugai pulak aku tengok
bini dia pun teragak2 nak makan

airmineral Publish time 22-5-2023 04:52 PM

mcm makan daging sendiri je
jaga2 puan isteri, silap2 kang engko yg digoreng nnt

_blackbird Publish time 23-5-2023 02:28 PM

Thunderclouds replied at 22-5-2023 07:44 AM
Kim k wat placenta encapsulation patu dia mkn.
Macik ni tadak modal so dia stir fry ja.
But tadak sc ...

inject placenta biri2 ke badan mmg boleh buat kulit halus mulus. scar semua hilang on par the laser treatment

heythere123 Publish time 1-6-2023 05:13 PM

ni kira kanibal tak?

KikiHadid Publish time 1-6-2023 05:55 PM

Edited by KikiHadid at 1-6-2023 06:00 PM

Mmg ad certain org kafir ni dorg turn their own plasenta into capsule lps tu take as supplement..dh alang2 ko nk mkn sgt ko xde bajet lbh ke bang nk jdkn pil..ni tdk geli menengoknya stir fry gitu..konpem hanyir :dizzy:
Pages: [1]
View full version: Kembang Tekak Tengok Pelakon Taiwan Goreng, Makan Uri Isteri Untuk Pulihkan Badan Lepas Bersalin


ADVERTISEMENT