tatod Publish time 21-5-2023 10:04 PM

Khairulaming Sewa 'Private Yatch', Hotel 5 Bintang Untuk Pekerja... Duit Shopping Pun Dapat!

Pempengaruh media sosial, Khairul Amin Kamaruzzaman terus 'memanjakan' pekerja kilang sambalnya.


Kali ini, kesemua 60 pekerjanya dibawa bercuti selama lima hari di Langkawi, Kedah.


Menerusi perkongsian di halaman Instagram Khairulaming, usahawan berusia 30 tahun itu turut menutup kilangnya selama lima hari bagi merealisasikan hasrat percutian tersebut.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202305/21/220346sblgxlfzt3if4v8o.png



"Minggu ni kita tutup kilang Sambal Nyet selama lima hari untuk bawa kesemua 60 staf bercuti di Langkawi," tulisnya.


Bukan itu sahaja, dia turut menyediakan hotel lima bintang, jetski dan pelbagai aktiviti menarik yang lain termasuk menyewa kapal persendirian untuk melihat matahari terbenam.


Malah kesemua pekerjanya itu sekali lagi mendapat 'bonus' yang diberikan untuk mereka membeli-belah.


Baginya, setiap yang dilakukan itu adalah untuk memberi kegembiraan dan sebagai penghargaan kepada pekerja.


https://www.instagram.com/p/CsgSLwoAc_c/


"Alhamdulillah semua staff happy," tambahnya.


Sebelum ini, Khairulaming telah membuat kejutan raya kepada pekerjanya dengan membawa mereka membeli-belah untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri serta berbuka puasa di hotel di samping bonus.


Dia juga pernah memberi bayangan untuk membawa kesemua pekerjanya bercuti.




Sumber: mStar

Purplehaz Publish time 22-5-2023 12:06 AM

Ya ada company prefer raikan bg mkn angin mcm ni, boleh jimat byk dari bg bonus 6 bln gaji.

habisnamadahni Publish time 22-5-2023 01:03 AM

Purplehaz: Ya ada company prefer raikan b ...bkn ke hari tu dia bg bonus jgk ke

gold_teeth Publish time 22-5-2023 07:18 AM

Purplehaz: Ya ada company prefer raikan b ... dia bagi jugak duit poket kan,, tp rs perbelanjaan nak p langkawi ni pun mahal je. Company mcm dia tu jrg sgt buat bonus 6 bulan, itu petronas / oil n gas la slalu.. bagusnya dia asingkan pompuan & laki atas yacht

BoongaKertas Publish time 22-5-2023 07:52 AM

staffs gembira, lg grow company tu. bagus aming!

johan-adx Publish time 22-5-2023 08:10 AM

company takde untung ratus2 juta pun..tp hargai keringat staf

ayukpingu Publish time 22-5-2023 08:22 AM

Purplehaz replied at 21-5-2023 04:06 PM
Ya ada company prefer raikan bg mkn angin mcm ni, boleh jimat byk dari bg bonus 6 bln gaji.

apa kau ingat company sambal ni macam company oil n gas ke nak bagi bonus 6 bulan?

dapat bonus 1 bulan pun dh bersyukur dengan keadaan ekonomi sekrg ni.

btw, kalau dpt boss mcm aming ni mmg best

Orangkaya99 Publish time 22-5-2023 09:06 AM

bestnyeee..

lifeline Publish time 22-5-2023 09:19 AM

gold_teeth replied at 22-5-2023 07:18 AM
dia bagi jugak duit poket kan,, tp rs perbelanjaan nak p langkawi ni pun mahal je. Company mcm dia...

ya bab asingkan tu mmg iols puji betul
bagus dak KA ni
girls boleh have fun atas yatch kaw kaw xde dak laki
bagus2...respect...

lifeline Publish time 22-5-2023 09:21 AM

ni company iols untung billion2....
project masuk beratus juta
jamuan makan hari raya 1k lebih pon berkiraaaaa
katanya aritu dah buka puasa ni jamuan raya pulak
tahun depan boleh pilih salah 1
padahal combine budget dua dua tu baru 8k+
apa kedekkssss punya boss besau
eyyyyyyyyy geram jaaa
bos pulak asyik la kereta baru bertambah tambah kereta

electricopop Publish time 22-5-2023 10:11 AM

Untung pekerja pekerja dia...

azimodin Publish time 22-5-2023 10:32 AM

Majikan iouls anak beranak PNB, terpaling gah pon pilih kasih... dept yg bukan money maker buat open house kemain meriah, siap fresh flower. Yg kerja keras nak mampos dapat open house kat resort kecik dengan lauk level2 kenduri orang kawen.
Bagus la kalau majikan rau hargai pekerja. Rasa dihargai lagi besar impact dari bagi bonus ikut suka

DayangKirana Publish time 22-5-2023 10:38 AM

huntong nye jadi staff...
semoga bisnes makin maju...

prettyuglybabe Publish time 22-5-2023 11:11 AM

tapi masa dia bagi bonus raya hari tu ada yang spill dia tak bayar epf socso ke untuk staff?

cmf_anisss84 Publish time 22-5-2023 05:24 PM

rezeki staff Khairul Amin

cmf_premierleag Publish time 22-5-2023 08:31 PM

Ada keje kosong tak? Jd tukang tepuk2 nyamuk utk kerolaming ke :o:o:o:o;P;P

carlalily Publish time 22-5-2023 09:10 PM

Ok apa buat company trip, dpt merapatkan hubungan staff gituhhh.. Dari company yg dok announce tiap2 tahun makin maju untung berjuta tapi bagi duit raya je 200 setahun. Tokey @ boss dok tambah koleksi kereta ngan rumah.

lilpurplelady Publish time 23-5-2023 05:14 AM

ni kira team building la. cuma kalau professional selalu lebih formal. tp untuk jawatan yg biasa2. this is good enough.

imanjannah Publish time 23-5-2023 05:46 PM

bagus dia jaga anak2 buah

Rogue98 Publish time 24-5-2023 05:41 PM

Staff2 dia kira mcm pekerja kilang lah kan. Kat Kelantan pulak tu. So mayb gaji basic RM600-800. So kalau 6 bulan bonus ibarat sebulan gaji kat Selangor KL jer lah.
Pages: [1] 2
View full version: Khairulaming Sewa 'Private Yatch', Hotel 5 Bintang Untuk Pekerja... Duit Shopping Pun Dapat!


ADVERTISEMENT