CARI-MRO Publish time 18-5-2023 10:47 AM

Housemate Ketakutan Kawan Dah Meninggal Di Kampung 'Balik' Jenguk Rumah Sewa

Dah pus beraya di kampung halaman, Syira akhirnya pulang ke ibu kota untuk bekerja.


Sejurus membuka pintu rumah flat yang disewanya bersama seorang lagi rakan, Syira tiba-tiba terbatuk apabila dia menghidu bau busuk macam bangkai haiwan.


Disebabkan rakan serumahnya, Marlia masih berada di kampung halaman, Syira terpaksa membersihkan rumah itu sendirian meskipun dia masih tercari-cari punca bau misteri berkenaan.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202305/18/104726moycggco551ycc5s.pngGambar Hiasan




Selepas mengemop lantai dan membuka kesemua tingkap untuk menghilangkan bau busuk dalam rumahnya, Syira terus mandi sehingga dia terlelap di atas katil.


Sekitar jam 11.30 malam, Syira terdengar pintu rumahnya dibuka, namun dia tidak larat untuk bangun sebelum menyambung tidurnya semula.


"Marlia baru sampai kot. Esok je la aku borak dengan dia," ujar Syira perlahan sambil menggosok matanya ketika itu.


Syira kemudiannya terjaga pada pukul 2 pagi kerana terlalu dahaga, namun perjalanannya ke dapur dikejutkan dengan kehadiran Marlia yang sedang berdiri kaku sambil memakai jubah putih.


"Aku tak tahu kau balik hari ni," ujar Syira kepada Marlia yang hanya mengangguk sambil tersenyum kepadanya.


Syira tidak mengesyaki apa-apa kerana sudah 'masak' dengan sikap Marlia yang kerap 'bad mood' dan bertukar pendiam setiap kali dia bergaduh dengan teman lelakinya sebelum ini.


Selepas itu, Syira tidur semula di dalam biliknya, namun tidak lama kemudian dia terjaga akibat katilnya yang tiba-tiba bergoyang kuat.


Selain terhidu bau busuk yang tiba-tiba muncul semula, Syira juga mendengar pintu biliknya diketuk dengan sekuat hati.


Dia cuba menjerit untuk meminta pertolongan Marlia, namun suaranya langsung tidak keluar, malah tubuhnya juga bagaikan kaku seperti ditindih sesuatu.


Syira akhirnya tertidur kepenatan sambil menangis sebelum dia tersedar semula pada pukul 8 pagi.


Sejurus bangun tidur, Syira terus berlari ke bilik Marlia untuk bercerita tentang gangguan yang berlaku, namun dia gagal menemuinya rakannya.


Syira yang terduduk ketakutan terus menghubungi nombor telefon Marlia beberapa kali, namun tiada siapa yang mengangkat panggilannya.


Tak lama kemudian, Syira menghela nafas lega apabila dia melihat nama Marlia terpapar pada skrin telefonnya, lantas terus menjawab panggilan itu.


Namun, dia mendengar suara yang asing di penghujung talian sebelum wanita itu memperkenalkan dirinya sebagai kakak kepada Marlia.


"Assalamualaikum, ini Syira ke? Saya Marissa, kakak Marlia. Maaf kami baru sempat buka telefon arwah, nak maklumkan yang Marlia dah meninggal minggu lepas, dia kemalangan," ujar wanita itu.


Syira yang menggenggam kemas telefonnya ketika itu terus terduduk ke lantai sambil menangis dan meraung sekuat hati.


Dia bukan sahaja sedih dengan pemergian mengejut rakan serumahnya, namun mula tertanya-tanya tentang kelibat wanita mirip arwah yang ditemuinya beberapa jam sebelum itu.


"Betul ke Marlia dah tak ada? Baru semalam dia balik rumah," tanya Syira kepada kakak Marlia bagi mengesahkan berita yang baru diterimanya.


Selepas kejadian itu, Syira terus menumpang di rumah rakan sekerjanya kerana bimbang gangguan sama akan berulang.


Dalam tempoh dua minggu, Syira juga menamatkan kontrak sewanya selepas mengadu tentang kejadian misteri itu kepada pemilik rumah. -CARI


Sumber: mStar

matbad Publish time 18-5-2023 03:06 PM

mastika punya cerita ka ni..hadoiiiyaiii

smurfetz Publish time 18-5-2023 04:50 PM

adeiii... penat baca sampai habis

EriaDoritis Publish time 19-5-2023 06:59 AM

Sekali cerpen daaaa;P

KamikuP Publish time 19-5-2023 09:14 AM

Meolls kene buat apa skrg?

seri_mawr Publish time 19-5-2023 03:03 PM

ni mcm cerita budak sekolah balik hostel...room mate dah meninggal balik jumpa dia...

ada cerita lain sikit tak..?? cuma tukar dr student kepada wanita bekerja jah....buat la cerpen lain pulak...

None68 Publish time 19-5-2023 03:57 PM

Bukan citer betul pun ni..

chiyoasuka Publish time 28-7-2023 02:18 AM

cerita dr buku mana lg ko ambil ni hahahaha
Pages: [1]
View full version: Housemate Ketakutan Kawan Dah Meninggal Di Kampung 'Balik' Jenguk Rumah Sewa


ADVERTISEMENT