Raline Publish time 17-5-2023 08:33 AM

AWAS! Musim Panas Sekarang, Jangan Simpan 10 Barang Ini Dalam Kereta, Bahaya!

AWAS! Musim Panas Sekarang, Jangan Simpan 10 Barang Ini Dalam Kereta, Bahaya!

https://media.siraplimau.com/2023/05/abc.png


Penyimpanan barang dalam kereta memainkan peranan penting kerana kalau tersilap simpan, barang tersebut boleh mendatangkan bahaya dan juga kerugian kerana tidak boleh digunakan lagi.

Oleh itu, bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, terdapat beberapa jenis barang yang tidak boleh disimpan dalam kereta. Jom kami kongsikan.

Baca juga: Kalau Akaun Bank Tiba-Tiba Kena Hack Dengan Scammer, Boleh Aktifkan Fungsi Ini

10 BARANG DALAM KERETA INI TAK BOLEH DISIMPAN, KENAPA?

https://media.siraplimau.com/2023/05/kereta.jpeg
1. MINUMAN BERGAS

Cuaca terlalu panas boleh menyebabkan air tin meletup.

2. PEMETIK API

Seperti semua sedia maklum, pemetik api mengandugi cecair mudah terbakar. Jadi, jangan sesekali tinggalkan di dalam kereta. Memang bahaya!

3. BARANGAN ELEKTRONIK

Segala jenis barangan elektronik tidak digalakkan untuk disimpan di dalam kereta. Apabila suhu terlampau panas, ia akan membuatkan peranti anda cepat rosak.

4. ALAT SOLEK

Tidak digalakkan membiarkan alat solek di dalam kereta kerana akan rosak dan cair. Kan rugi beli mahal-mahal tapi tidak dapat digunakan.

5. MINYAK WANGI & CAIRAN KIMIA

Minyak wangi, penyembur rambut dan sebagainya tidak boleh diletakkan di dalam kereta kerana risiko meletup.

https://media.siraplimau.com/2023/05/minyak-1536x864.jpeg
6. POWERBANK

Ini kerana biasanya suhu dalam kereta akan mencecah 40 celsius atau lebih tinggi apabila berjemur di bawah matahari dan suhu tinggi ini akan mengurangkan lifespan powe bank anda.

Bateri akan bertindak balas secara kimia dengan haba dari persekitarannya.

7. CERMIN MATA

Jangan simpan cermin mata dalam kereta sama ada berkotak atau tidak kerana coating cermin mata akan rosak dan menyebabkan ada garis-garis halus yang tak boleh dibersihkan.

8. UBAT-UBATAN

Apa jenis ubat-ubatan tidak boleh disimpan di dalam kereta kerana akan menyebabkan keberkesanan ubat berkurang dan tidak dapat digunakan.

9. BOTOL AIR PLASTIK

Botol air plastik yang panas akibat cuaca akan ada bahan kimia yang terhasil iaitu bisphenol dan antimony. Bahan kimia daripada botol, boleh buatkan hormon dalam badan terganggu.

10. UBAT GEGAT

Apa jua bahan beracun tidak digalakkan ditinggalkan di dalam kereta, terutamanya yang mudah meruap seperti ubat gegat, racun rumpai dan sebagainya. Apabila panas, bahan-bahan ini lebih cepat meruap.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Aktifkan Amaran Gempa Bumi Di Telefon Anda, Berguna Sangat!

Sumber: TikTok Incuba ID
https://siraplimau.com/barang-dalam-kereta/

haprak4042 Publish time 1-10-2023 02:20 AM

baru taw pasal cermin mata tu..

i simpan fire extinguisher dal kereta.hihi
Pages: [1]
View full version: AWAS! Musim Panas Sekarang, Jangan Simpan 10 Barang Ini Dalam Kereta, Bahaya!


ADVERTISEMENT