CARI-HBZ Publish time 16-5-2023 10:26 PM

Sampai Angkut Laptop Pergi Tandas, Khairul Aming Berjaya Beli Tiket Coldplay



https://i0.wp.com/gulapop.com/wp-content/uploads/2023/05/Screenshot-2023-05-16-at-9.03.33-PM-side.png?resize=696%2C419&ssl=1


Umum mengetahui, hari ini merupakan penjualan tiket konsert Coldplay yang bakal berlangsung pada November depan di Stadium Bukit Jalil.


Difahamkan, penjualan tiket hari ini khas untuk pemegang kad CIMB Bank dan laman web Go Live-Asia dipercayai sesak sebaik saja penjualan tiket dibuka pagi tadi.


Turut bersesak untuk mendapatkan tiket pagi tadi personaliti media sosial terkenal, Khairul Aming yang memaklumkan dia berjaya mendapatkan 4 tiket untuk konsert berkenaan.


Apa yang menjadi perhatian, Khairul Aming menerusi perkongsian di Twitter itu turut mengatakan dia menungga untuk mendapatkan tiket tersebut sejak dari pagi sehingga membawa sekali komputer riba ke dalam tandas.


https://twitter.com/khairulaming/status/1658324256760164353?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1658324256760164353%7Ctwgr%5E61971ce0a754c0f1e87a315d94dce7c049793f30%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fgulapop.com%2Fsampai-angkut-laptop-pergi-tandas-khairul-aming-berjaya-beli-tiket-coldplay%2F


Perkongsian Aming itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan itulah cara mereka ‘berperang’ untuk mendapatkan Sambal Nyet keluarannya itu dimana mereka perlu bersaing untuk membelinya sebelum habis terjual.


Lebih menghiburkan ada yang mengatakan mereka sudah selalu practice membeli Sambal Nyet dan disebabkan itu mereka berjaya mendapatkan tiket konsert Coldplay.

Pages: [1]
View full version: Sampai Angkut Laptop Pergi Tandas, Khairul Aming Berjaya Beli Tiket Coldplay


ADVERTISEMENT