Raline Publish time 15-5-2023 10:33 AM

Musang king Raub menjadi, luruh hujung bulan

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/05/PHG-Musangking-Raub-3-1536x1024.jpg?v=1684056844
ZAMRI menunjukkan durian musang king di kebunnya di Raub semalam.

Musang king Raub menjadi, luruh hujung bulan


RAUB – Durian musang king Raub yang akan mula luruh ­penghujung bulan ini ­dijangka menghasilkan pengeluaran hasil yang banyak pada pertengahan Jun.

Menurut Pemilik Zamri Agro Farm, Zamri Othman, ia satu be­rita baik buat para penggemar­nya kerana keunikan rasa durian musang king Raub yang mempunyai rasa lemak, manis, pahit dengan tekstur lembut.

Katanya, ia sememangnya terus menjadi rebutan peminat durian setiap tahun.

“Biasanya sebelum ini, saya menjual purata 500 kilogram (kg) durian sehari di ladang.

“Ia sebenarnya tidak dapat menampung permintaan setiap tahun, apatah lagi bagi permintaan untuk eksport.

“Dari segi rasa dan kualiti, memang tidak dapat menan­dingi durian musang king Raub,” katanya ketika ditemui di sini semalam.



https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/05/LEAD-durian-600x370.jpeg
KEBUN durian musang king milik Zamri yang mempunyai 2,000 pokok.


Sehingga kini katanya, durian musang king di kebunnya yang bakal luruh ini telah mendapat permintaan dan tempahan daripada orang ramai.

Menurut Zamri, ladangnya yang kini mempunyai lebih 2,000 pokok musang king masih tidak mampu menampung permintaan di pasaran tempatan, apatah lagi untuk pasaran luar negara.

Dalam pada itu, ditanya mengenai hasil musang king Raub pada musim ini, Zamri berkata, ia ‘menjadi’ lebih banyak dengan keadaan cuaca yang panas ketika ini.

Dia memberitahu, biasanya musang king yang standard adalah dengan berat 2 kg hingga 3 kg dan dijual pada harga RM40 sekilogram ke atas bagi gred A.

“Durian di kebun saya pa­ling berat ialah 5 kg sebiji,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Pegawai Daerah Raub, Datuk Mohammad Shahid Ismail berkata, durian musang king Raub mempunyai kekuatan dan keistimewaan tersendiri.

Katanya, setakat ini tiada laporan dan a­duan me­ngenai masalah pemasaran raja buah berkenaan.

Beliau memberitahu, dengan cuaca yang baik sejak beberapa bulan tanpa ribut dan sebagainya, buah musang king Raub dijangka lebih ‘menjadi’ pada musim ini.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/05/15/musang-king-raub-menjadi-luruh-hujung-bulan/

Yoonggi Publish time 16-5-2023 09:54 AM

sedapnyaa durian. yg ni peberet mak aku. aku prefer d24 lg
Pages: [1]
View full version: Musang king Raub menjadi, luruh hujung bulan


ADVERTISEMENT