rosemary70 Publish time 11-12-2010 03:44 PM

Keindahan Masjid.....

Post Last Edit by rosemary70 at 17-12-2010 13:44

Jom kite share gambar masjid-masjid yang korang tahu kat Malaysia dan luar negara....

http://i1013.photobucket.com/albums/af255/noarsy80/Masjid-Negara.jpg
Masjid Negara Malaysia terletak di Kuala Lumpur.Dibina antara 1963 hingga 27 Ogos 1965.Kapasitinya boleh menampung seramai 15,000 orang jemaah.Rekabentuknya seperti sekaki payung yang kuncup manakala bumbung berbentuk bintang 18 bucu kelihatan seperti sekaki payung yang kembang. Bentuk menara dan bumbung beropol yang ada pada Masjid Negara melambangkan kesetiaan.Konsep ini dipadankan kepada rupa payung Diraja.Menara ini berbentuk gambar payung yang terkuncup manakala bumbungnya berupa seperti sebuah payung yang terbuka.
http://i1013.photobucket.com/albums/af255/noarsy80/masjidwilayah.jpg

Masjid Wilayah Persekutuan ini dibina di antara tahun 1997 hingga tahun 2001.Masjid ini terletak dengan Kompleks Pejabat Kerajaan di Jalan Duta.Masjid Wilayah Persekutuan telah dirasmikan pada 25 Oktober2000. Masjid ini boleh memuatkan seramai 17,000 jemaah dalam satu masa.
http://i1013.photobucket.com/albums/af255/noarsy80/masjidputrajaya.jpg   
Masjid Putra terletak di Wilayah Persekutuan Putrajaya.Masjid ini merupakan simbolik dan mercu tanda di Putrajaya.Pembinaan masjid ini bermula pada 1997 dan disiapkan dua tahun kemudian pada 1999.

.
sources : photobucket.com/

rosemary70 Publish time 11-12-2010 03:54 PM

Post Last Edit by rosemary70 at 17-12-2010 13:46

http://i1013.photobucket.com/albums/af255/noarsy80/masjidsultansalahuddinabdulazizshah-1.jpg
Masjid Negeri Selangor Darul Ehsan yang dinamakan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kini menjadi lambang keagungan dan kedaulatan agama Islam di negeri ini.Perasmiannya oleh Sultan Selangor Darul Ehsan pada 11 Mac 1988
bersamaan 23 Rejab 1408 hijrah.Mampu memuatkan kira-kira 20,000 jemaah dalam satu masa.

http://i1013.photobucket.com/albums/af255/noarsy80/Klang_Masjid_diraja_lapanga.gif
Masjid Di Raja Sultan Suleiman telah dibina pada tahun 1932, sempena pengisytiharan Klang sebagai pusat pentadbiran negeri Selangor. Masjid ini boleh menampung lebih kurang 1000 jemaah dalam satu masa.
http://i1013.photobucket.com/albums/af255/noarsy80/masjidubudiah.jpgMasjid Ubudiah ialah sebuah masjid di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak yang dianggap salah satu masjid terindahdi Malaysia dan merupakan simbol kebanggaan dankepercayaan untuk kaum Muslim di Perak.Kubah emasdan menara masjid adalah bukti dari keindahan senibina Islam.Masjid Ubudiah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Perak pada tahun 1917.



sources : photobucket.com/

rosemary70 Publish time 11-12-2010 04:14 PM

Post Last Edit by rosemary70 at 17-12-2010 13:49

http://i1013.photobucket.com/albums/af255/noarsy80/masjidkristal.jpg
Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.Masjid Kristal telah dirasmikan pada 8 Febuari 2008 jam 6.00petang. Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca Al-Quran elektronik.
http://i1013.photobucket.com/albums/af255/noarsy80/Masjid-Terapung.jpg
Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung telah dinamakan sempenan nama bonda Al-Marhum Sultan Terengganu iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja. Masjid yang mula dibina pada September 1991dan siap pertengahan Januari 1994.Mampu menampung jemaah sehingga 1,000 orang yang menempatkan dewan solat lelaki di bahagian bawah manakala wanita di bahagian atas.
http://i1013.photobucket.com/albums/af255/noarsy80/masjidzahiralorsetar.jpg
Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah.Bangunan bersejarah ini terletak di tengah-tengah bandar raya Alor Setar.Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin.Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333H (15 Oktober 1915) oleh Sultan Kedah.Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat.

sources : photobucket.com/

jingga007 Publish time 12-12-2010 02:26 AM

rosemary , sila beritahu sumber itu ye. kami dh nyatakan , utk semua forummer nyatakan , segala jenis sumber. tak kisah , yu snap ke , yu amik from google ke. sng jgk keje kami.

tlg la bg kerjasama. tak kisah sape pun. please kasi kerjasama. bukan susah pun nk tulis caption : GAMBAR INI SAYA PUNYA @ GAMBAR INI SAYA CILOK dari GOOGLE atau SEKIAN SEKIAN... senang kan?

please la korg!

WhiteMerpati Publish time 12-12-2010 05:04 PM

Post Last Edit by WhiteMerpati at 12-12-2010 17:07

Yang ni pula white snap sendiri bulan lepas...kebetulan lalu kat ctu....masjid ni dikelilingi air seolah2 terapung...dlm tu ader mesin ATM lagik...ramai gak pelancong yg datang meninjau2 Masjid berkenaan....

Masjid Terapung Likas ( tah betul ke x namanya...;P )

http://i1038.photobucket.com/albums/a469/lindaalamanda/masjidlikas2.jpg

http://i1038.photobucket.com/albums/a469/lindaalamanda/masjidlikas1.jpg

syahdu Publish time 12-12-2010 06:21 PM

http://img135.imageshack.us/img135/5612/dsc02726w.jpg
Masjid Haji Zainudin, Tanjung Dawai.
~Gambar ambik sendiri.

qimi08 Publish time 12-12-2010 11:04 PM

Post Last Edit by qimi08 at 14-12-2010 10:49

Masjid Nabawi - Waktu subuh...

Gambar dari kamera saya.

http://i281.photobucket.com/albums/kk205/qimi08/Pemandangan/IMG_0126-1.jpg

http://i281.photobucket.com/albums/kk205/qimi08/Pemandangan/IMG_0128-1.jpg

Waktu cerah

http://i281.photobucket.com/albums/kk205/qimi08/Pemandangan/IMG_0035.jpg

http://i281.photobucket.com/albums/kk205/qimi08/Pemandangan/358237197_6515047ec7.jpg

qimi08 Publish time 13-12-2010 12:17 AM

Gambar dari kamera saya:

Masjid Istiqlal, Jakarta
Masjid terbesar di Asia.
Berhadapan Masjid, Gereja terbesar di Jakarta.
Gereja dan masjid berkongi tempat letak kereta.
Hari Jumaat parking kereta gereja dibuka untuk org islam menunaikan sembahyang Jumaat
Hari Ahad parking kereta Masjid dibuka untuk penganut kristian....

http://i281.photobucket.com/albums/kk205/qimi08/Pemandangan/IMG_0185.jpg

http://i281.photobucket.com/albums/kk205/qimi08/Pemandangan/IMG_0184.jpg

azradiza Publish time 13-12-2010 09:00 AM

Masjid Omar Ali Saifuddin, Bandar Seri Begawan, Brunei - sometime in 2009

http://img704.imageshack.us/img704/9779/omarali.jpg

azradiza Publish time 13-12-2010 10:42 AM

Masjid Sultan, Singapore - Jul 2010

http://img607.imageshack.us/img607/9070/masjidsultan.jpg

azradiza Publish time 13-12-2010 11:27 AM

Salah satu masjid yg sempat pegi mase kat Beijing last 2 months..
Tak ingat ape name masjid ni, will find it out later ...

http://img137.imageshack.us/img137/3553/beijingmosque1.jpg

azradiza Publish time 13-12-2010 11:30 AM

Inside pic of the famous Niujie Mosque in Beijing - taken in Nov 2010

http://img406.imageshack.us/img406/3639/nuijie1.jpg

qimi08 Publish time 13-12-2010 12:49 PM

Gambar dari koleksi kamera saya

Masjid Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Brunei.

http://i281.photobucket.com/albums/kk205/qimi08/Pemandangan/IMG_3647.jpg

http://i281.photobucket.com/albums/kk205/qimi08/Pemandangan/Picture051-1.jpg

http://i281.photobucket.com/albums/kk205/qimi08/Pemandangan/IMG_3331.jpg

http://i281.photobucket.com/albums/kk205/qimi08/Pemandangan/IMG_3329.jpg

qimi08 Publish time 13-12-2010 12:56 PM

Post Last Edit by qimi08 at 13-12-2010 13:08

Gambar dari koleksi kamera saya
Masjid Omar 'Ali Saifuddien , Brunei.
Sungguh tenang bersolat disini.
Berada ditengah-tengah bandar Seri Begawan, berhampiran dgn kampung air.
dibelakang masjid terdapat satu sampan yg besar (gambar dibawah)

http://i281.photobucket.com/albums/kk205/qimi08/Pemandangan/Picture093.jpg

http://i281.photobucket.com/albums/kk205/qimi08/Pemandangan/Picture299.jpg

http://i281.photobucket.com/albums/kk205/qimi08/Pemandangan/P1030786.jpg

http://i281.photobucket.com/albums/kk205/qimi08/Pemandangan/Picture275.jpg

qimi08 Publish time 13-12-2010 01:24 PM

Gambar dari koleksi kamera saya
Masjid Sultan Singapore
Tenang dan damai disini. Berhadapan pintu masuk terdapat satu lorong
berderetan kedai2 lama yang unik sekali

http://i281.photobucket.com/albums/kk205/qimi08/Pemandangan/P1010314.jpg

http://i281.photobucket.com/albums/kk205/qimi08/Pemandangan/P1010321.jpg

http://i281.photobucket.com/albums/kk205/qimi08/Pemandangan/P1010323.jpg

http://i281.photobucket.com/albums/kk205/qimi08/Pemandangan/singa-114-1.jpg

qimi08 Publish time 13-12-2010 01:26 PM

Post Last Edit by qimi08 at 14-12-2010 09:08

Gambar dari koleksi kamera saya
Masjid Putrajaya - waktu maghrib

http://i281.photobucket.com/albums/kk205/qimi08/Pemandangan/Picture058-1.jpg

JiMmY_tAiChOu Publish time 13-12-2010 04:40 PM

masjid nabawi madinah..umrah 3/6/10 - 16/6/10
nmpk payung blom siap (mcm transformers :lol: )
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs066.ash2/36648_404092538310_644458310_4435585_1554157_n.jpg

payung yg siap..dia buka pkol 9am - 7pm
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs537.snc3/30442_404093978310_644458310_4435631_8108447_n.jpg

snap guna hp nokia 5530xm je :$
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs537.snc3/30442_404093983310_644458310_4435632_2465601_n.jpg

masjid al haram depan pintu no.69 king fahd dkt ngn hotel continental makkah -- temp masa ni mencapai 40 darjah Celcius :sweat3:
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs126.snc4/36648_404092558310_644458310_4435589_2672098_n.jpg

ni kira dalam masjid jgk bleh kot? ;P
pemandangan bukit safa..skang dok dlm cermin dah..
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs126.snc4/36648_404092563310_644458310_4435590_2268588_n.jpg

laluan saie
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs064.snc4/34568_404093233310_644458310_4435614_863843_n.jpg

huji Publish time 14-12-2010 09:17 AM

Masjid Bentong

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1188.snc4/151062_113591432044914_100001821745053_84400_4567868_n.jpg

qimi08 Publish time 14-12-2010 09:22 AM

Reply 17# JiMmY_tAiChOu

Alhamdullillah akak masih merasa memijak kaki dibukit safa dan marwah
merasa lah merempuh umat manusia untuk sampai kesitu....
segalanya dipermudahkanya.. Sekarang ni syai ditingkat 2 dan 3 kan
mengeliling bulatan...tempat yang lapang x perlu nak bertolak-tolak.

Payung lama yg terdapat dimasjid nabawi tu berhampiran taman2 syurgakan.....

Paling suka masjid nabawi terbuka waktu solat maghrib dan isyak terus je
npk awak... akak setiap kali solat pasti cari tempat itu.....

huji Publish time 14-12-2010 11:14 AM

Reply 19# qimi08


    Saya pernah pergi tahun 1993... lama sangat dah... masa umur 13 tahun.. buat Haji... Saya tengok Masjidil Haram dah banayak sangat berubah.. terlalu banyak berubah.. Seronok sangat berada di sana.. terasa nak pergi lagi. InsyaAllah akan saya cuba jejaki lagi Bumi Suci itu.. cadangnya 2025 nak buat haji ngan hubby lak..... umur 45 tahun... anak2 pun dah besar panjang masa tu. InsyaAllah doakan saya...
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7
View full version: Keindahan Masjid.....


ADVERTISEMENT