mattzzx Publish time 13-5-2023 10:13 AM

Humaira puas raih emas

Phnom Penh: Pasukan taekwondo Malaysia mencipta kejayaan cemerlang apabila menghadiahkan dua pingat emas di Sukan Sea Kemboja hari ini.

Dalam acara yang berlangsung di Pusat Konvensyen Chroy Vangar, Nur Humaira Abdul Karim mencipta kejutan apabila memenangi pommsae individu wanita selepas memungut 7.430 mata mengatasi pencabar dari Singapura Diyanah Aqidah Muhammad Dian Khudairi yang meraih 7.260 mata manakala atlet Kemboja Mang Kanithyda ketiga (7.090 mata).

Beberapa minit kemudian kakak Nur Humaira, Nurul Hidayah dan gandingannya Jason Loo menyumbang emas kedua dalam acara poomsae berpasukan campuran selepas mengatasi Vietnam dengan perbezaan 0.01 mata.

Malaysia dan Vietnam meraih jumlah mata sama 7.550 tetapi pasukan negara merebut emas berdasarkan persembahan 'tie-breaking' dengan 4.34 mata berbanding 4.33 mata manakala gangsa milik Filipina dengan 7.500 mata.

Nur Humairah mengakui dia tidak menjangka emas dalam acara individu tetapi kekecewaan terlepas emas acara berpasukan melonjakkan semangatnya untuk menebus kegagalan itu.

Pasukan wanita terdiri daripada Nurul Hidayah, Nur Humairah dan Lim Jia Wei mengutip perak dengan emas milik Filipina dan gangsa diraih Thailand.

"Saya bersyukur dapat pingat, saya tak jangka emas acara individu. Kami menyasarkan acara berpasukan tetapi kami tewas tipis dan saya mahu menebusnya dengan emas.

"Jurulatih beritahu ini peluang terbaik raih emas individu selepas kami gagal berpasukan. Saya mendapat suntikan motivasi dan saya berusaha yang terbaik untuk emas.

"Kami berlatih sebulan di Korea Selatan sebelum Sukan Sea dan ia meningkatkan keyakinan kami."

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/HUMAURA1_1683942303.jpg
HUMAIRA mengibar Jalur Gemilang selepas menang emas acara individu wanita. FOTO Reuters

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/05/966165/humaira-puas-raih-emas-metrotv
Pages: [1]
View full version: Humaira puas raih emas


ADVERTISEMENT