CARI-MAL Publish time 12-5-2023 06:51 PM

'Sakit Hati Jugalah! Jangan Kaitkan Saya Dengan View Chin, Saya Bukan Dia' - Boss James

Tempias isu skandal TikToker View Chin yang curangd engan staf sendiri, nama personaliti media sosial Boss James juga dipetik dan disamakan dengan View kerana sering menghasilkan content video bersama pembantu peribadi.


Boss James yang mengenali View Chin secara peribadi bagaimanapun meminta orang ramai berhenti mengaitkan dirinya dengan individu berkenaan kerana dikhuatiri menggangu hubungan baik mereka.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202305/12/185117avqayyooay9tyyyz.jpgIG




”Saya bukan View Chin dan jangan kaitkan saya dengan dia, memang saya kenal View Chin dan keluarganya, malah kami berkawan tapi itu perbuatan masing-masing... dia perlu tanggung apa yang dilakukan itu, jangan sebabkan dia saya pula kena tanggungjawab.


“Saya sakit hati sebab empat tahun saya bina nama dalam dunia sosial media ni, risau kerana isu ini mungkin akan mengugat pasukan saya dan risau ada yang berhenti kerja jadi pasti beri kesan pada syarikat nanti.


“Pasukan saya ada Melayu, India dan Cina jadi kami satu Malaysia dan bekerja satu bumbung, orang nak berkata apa itu hak mereka tapi saya pastikan mereka tidak akan terkesan atau tergugat dengan isu ini,” kata Boss James kepada mStar.




bf8xJ6J9n9Q


Sebelum ini hangat diperkatakan di media sosial mengenai kontroversi TikToker View Chin yang mempunyai hubungan istimewa bersama pembantu peribadi Mira sehingga mengakibatkan keretakan rumah tangganya.




Sumber: mStar

hokeypokey Publish time 12-5-2023 07:05 PM

sapo plak ni??? smua nk pakai nama boss

Antifake Publish time 12-5-2023 11:26 PM

Dia ni femes kat tik tok
Pages: [1]
View full version: 'Sakit Hati Jugalah! Jangan Kaitkan Saya Dengan View Chin, Saya Bukan Dia' - Boss James


ADVERTISEMENT